Saturday, May 1, 2010

[Jom Mandi] Hutan Lipur Bumbung Raja

Destinasi : Hutan Lipur Bumbung Raja

Hutan lipur ini terletak di Daerah Dungun iaitu 109KM dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 40KM dari Bandar Al-Muktafibillah. Untuk sampai ke hutan Lipur ini kenderaan persendirian atau pengangkutan awam boleh digunakan kerana mempunyai jaringan jalan raya yang menghubungkan hutan ini dengan jalan utama.

Di sini, sesiapa yang mempunyai hajat untuk berendam dan bermandi manda boleh menunaikannya di sini kerana kalau dilihat kelebaran kawasan mandi agak luas dan aktivti lain seperti berkelah, memancing dan juga jungle trekking boleh dilakukan di sini.

Mereka yang mempunyai masalah dan pertanyaan boleh menghubungi :

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404




0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media