Monday, May 17, 2010

[Jom Makan] Kerepok Lekor

Makanan : Kerepok Lekor

Keropok Lekor ataupun kepok getel merupakan sejenis makanan tradisional yang terkenal di Terengganu. Antara ramuan untuk membuat keropok lekor ialah isi ikan tamban ataupun ikan parang dan campuran sagu dan garam. Ramuan istimewa ini seterusnya diadun dan digentel sehingga panjang dan kemudiannya akan direbus.

Terdapat dua cara hidangan keropok lekor, samada goreng ataupun rebus. Sebaik sahaja selesai direbus, keropok lekor boleh dimakan terus dengan mencicah sos cili mahupun colek (sos istimewa untuk keropok lekor). Manakala, keropok lekor juga boleh digoreng dan dicicah dengan sos dan sedap dimakan ketika panas.

Kepada pengunjung yang ingin berkunjung ke Terengganu, terdapat beberapa lokasi yg mereka boleh kunjungi untuk mencuba keropok lekor.












Makanan ini amat istimewa sehingga menjadi trademark Negeri Terengganu Darul Iman. Sebut sahaja Terengganu, pasti teringat kepada keropok lekor. Pengalaman penulis sebagai pelajar di luar Terengganu sebelum ini telah membuktikan keunikan keropok lekor, apabila sahaja berjumpa dengan warga negeri lain, mereka pastinya akan bertanya perihal keropok lekor Terengganu. Hal ini kerana, keropok lekor di Terengganu sangat unik dan tersendiri daripada segi rasa, struktur dan aroma. Keunikan makanan ini tidak dapat dijumpai di negeri-negeri lain.

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media