Sunday, May 30, 2010

[Jom Mandi] Taman Pertanian Sekayu

Destinasi : Taman Pertanian Negeri, Sekayu


Sebuah lokasi percutian atau lokasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Itulah ayat atau luahan yang mungkin terpancul dari mulut pengunjung ke Taman ini. Terletak di daerah Hulu Terengganu yang mana 56KM dari Bandaraya Kuala Terengganu dan hanya 16KM dari Bandar Kuala Berang. Apa yang mungkin menjadi tanya di sini ialah apakah perbezaan dengan Air Terjun Sekayu? Sebenarnya Taman Pertanian ini hanya berada bersebelahan dengan Air Terjun Sekayu, iaitu terletak di Kg Sekayu. Perjalanan dari Kuala Terenganu hanya mengambil masa kurang dari 1 Jam. Manakala dari Bandar Kuala Berang pula mengambil masa 15 Minit sahaja.

Bayaran untuk memasuki taman ini ialah RM 1.00. Pengungjung boleh membawa masuk makanan yang dibawa dari rumah atau boleh membelinya di gerai-gerai di dalam Taman ini. Kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam boleh memasuki tempat ini. Dan kerap kali kawasan ini dijadikan tempat perkhemahan oleh sekolah-sekolah di daerah Terengganu.


[Jom Serbu] Karnival Jom 1 Malaysia


Jom Serbu TTC!!

Tarikh : 25 Mei 2010
- 7 Jun 2010
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu
Aktiviti : Jualan

Jom Pakat Gi Ramai-Ramai

Gambar sekitar karnival




[Jom Serbu] Karnival Pekan Budaya Kuala Berang

Jom Serbu Kuala Berang!!

Tarikh : 22 Mei 2010

Tempat : Padang Astaka Kuala Berang

Mari Pakat Gi Ramai-Ramai






Saturday, May 29, 2010

[Jom Rehat] Sumai Hotel

Destinasi : Sumai Hotel

Hotel Sumai terletak di Daerah Kuala Terengganu. Kedudukannya yang berada di dalam Bandaraya Kuala Terengganu menjadikannya antara Hotel pilihan pengunjung yang berkunjung.
Harga serendah RM 120-RM190 semalaman merupakan kekuatan untuk menarik pengunjung. Selain dari itu di sini aktiviti yang kebiasaaan dijalankan ialah Seminar, Seminar Korporat, Seminar Kerajaan, dan juga Kursus kepada pelajar-pelajar.

Penginapan disini lebih kepada Apartment. Jadi tidak hairanlah kenapa Hotel ini menjadi tumpuan kepada pelajar-pelajar untuk membuat kem seperti Kem PMR, UPSR dan SPM.


Sumai Suite Hotel
Lot 4479 Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email: sales@sumaisuite.com / reservation@sumaisuite.com
Tel: 09-631 0099
Fax: 09-626 2099


Thursday, May 27, 2010

[Jom Lawat] Mangkuk

Destinasi : Mangkuk



Sebuah lokasi yang terletak di daerah Setiu yang menjanjikan sesuatu yang baru kepada pengunjungnya. Mangkuk merupakan sebuah tempat yang boleh dikategorikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan yang mana menjadi tumpuan pengunjung bertandang ke sini. Terletak kira-kira 7KM dari simpang Penarik, aktiviti utama pengunjung yang datang ke sini ialah untuk berkelah dan beriadah. Pantai yang panjang dan mengunjur membolehkan ia sesuai untuk bermandi manda.


Selain itu kawasan pantai yang bersebelahan dengan kawasan air tawar menjadikan ianya sebagai benteng pasir yang memisahkan laut dan sungai. Kesempatan ini digunakan oleh para pemancing, yang mana Mangkuk ini amat terkenal dengan tempat untuk memancing.


Bagi mereka yang ingin menginap di Mangkuk ini, terdapat satu resort yang paling hampir dengan tempat ini sedang di bina dan akan di buka bila-bila masa. Jadi anda yang ingin menginap di sini boleh menginap di Sutra Beach Resort yang mana merupakan antara resort yang terkenal di Terengganu.

Tuesday, May 25, 2010

[Jom Lawat] Taman Tamadun Islam

Destinasi : Taman Tamadun Islam

Dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid ini secara rasminya menjadi ikon baru dalam industri pelancongan di Negeri Terengganu Darul Iman. Dibangunkan di atas sebuah pulau di pinggir Sungai Terengganu, Pulau Wan Man ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga asing untuk menjejakkan kaki di pulau ini.

Taman ini adalah taman tema pertama yang diiktiraf senibina Islam yang mana mempunyai 21 replika yang berkaitan dengan sejarah Islam dunia. Masjid yang dibina menggunakan kaca ini telah berjaya menarik puluhan ribu pengunjung semenjak pembukaannya.



Mereka yang tiba dengan perut yang kosong boleh menghadirkan diri ke khemah makanan yang berkonsepkan buffet dengan juadah yang menyelerakan dan harga yang berpatutan antara Rm3 hingga RM9.

Mereka yang ingin berkunjung ke sini boleh menaiki kenderaan sendiri dan juga boleh menggunakan perkhidmatan awam dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kini terdapat bas yang dikhususkan untuk membawa pengunjung terus ke TTI ini dari pusat bandar. Jarak perjalanan dari pusat bandar memakan masa 5-10 minit

Peta ke TTI dari Pusat Bandar



Besarkan Peta || Gerakkan peta mengikut kehendak ||

Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini

Monday, May 24, 2010

[Jom Lawat] Masjid Terapung

Destinasi : Masjid Terapung ( Masjid Tengku Tengah Zaharah)

Masjid Terapung merupakan antara tempat yang mesti dilawati jika berkunjung ke negeri Terengganu. Dibina berasaskan ilham dari Al Marhum Sultan Mahmud Al- Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah nama Masjid ini diambil sempena nama nama ibunda baginda, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Kedudukan masjid ini terletak di pinggir Kuala Terengganu iaitu Teluk Ibai kira-kira 5 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.


Kedudukan masjid yang berdekatan dengan pantai membolehkan anda menyedut udara segar sambil menghadap Laut China Selatan. Masjid ini yang berwarna putih strukturnya mempunyai senibina yang pasti mengasyikkan dan tentu sekali pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat di dalam masjid ini. Di pintu masuk terdapat pintu gerbang seperti gambar di atas.

Gambar yang diambil penulis di waktu malam

Perjalanan ke sini akan mengambil masa 10 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu, yang mana kira 5 KM jaraknya. Terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang boleh membawa anda ke masjid ini.

Peta untuk ke Masjid Terapung :


View Terengganu in a larger map


Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini

Saturday, May 22, 2010

[Jom Beli] Pasar Batu 6

Destinasi : Pasar Batu 6.

Terletak kira-kira 10KM dari Bandaraya Kuala Terengganu. Pasar ini boleh dikatakan antara pasar terkenal di Negeri Terengganu.Walaupun nama tidak se gah Pasar Payang, namun pasar ini tetap menjadi tarikan mereka yang ingin berkunjung mencari juadah, kuih muih, barangan dapur, bahan basah dan kering untuk memasak.

Pekan ini semakin berkembang dengan berdirinya banyak bangunan baru bagi terus memesatkan pembangunan seterusnya membawa masuk pelabur untuk memajukan kawasan ini. Pekan ini dilengkapi dengan kemudahan Pondok Polis, Bank, Pasar, Kedai makan, Pasaraya dan deretan kedai-kedai dari pelbagai jenis perniagaan.

Antara yang terkenal di pekan ini ialah Nasi Ayam Batu 6. Kedai Nasi Ayam Batu 6 merupakan sebuah kedai menjual makanan kepada orang ramai. Antara makanan yang mempunyai hits tertinggi ialah Nasi Ayam, Roti Canai, dan Rojak Ayam. Jika anda mengunjungi pekan ini pastikan anda tidak lupa untuk singgah sebentar menikmati juadah nasi ayam ini. Waktu perniagaannya adalah bermula dari tengahari hingga ke malam.


Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini


Kongsikan Bersama


Wednesday, May 19, 2010

[Jom Makan] Air Buah Gelas Besor


Salah satu tarikan di Negeri Terengganu yang sememangnya menjadi bualan dan keinginan kebanyakkan pengunjung yang berkunjung ke Terengganu. Air Buah Gelas Besar boleh dikatakan merupakan salah satu produk yang berasal dari Terengganu.

Saiz gelas yang berbagai dikatakan penarik utama pengunjung untuk mencuba dan merasai penangan untuk menghabiskan air buah ini. Antara air buah yang boleh didapati ialah Oren, Tembikai, Nenas, Mempelam, Epal, Kiwi, Pisang dan banyak lagi. Dan harga untuk setiap gelas pula amat berpatutan iaitu antara Rm2 hingga RM9.

Kedai makan seperti gambar di atas juga menyediakan makanan untuk santapan pelanggan. Antara makanan yang boleh didapati ialah Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Minyak, Laksa Terengganu, Mee Kari dan banyak lagi.

Barisan gelas-gelas pelbagai saiz

Tuesday, May 18, 2010

[Jom Lawat] Pantai Teluk Ketapang

Destinasi : Pantai Teluk Ketapang

Sebuah lagi pantai bersebelahan dengan pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot. Pantai ini mungkin merupakan pantai yang anda biasa dengar di media dengan kesohorannya dari sudut pelancongan. Antara yang menarik di pantai ini ialah Restoran yang menyajikan makanan berasaskan laut seperti Sotong, Udang, Ketam, dan Keropok Lekor. Dan resepi yang pastinya menjadi sebutan ialah resepi Celup Tepung. Terdapat kira-kira 5 gerai yang menyajikan santapan seperti ini kepada pengunjung.

Selain itu di atas kepesatan Pembangunan Negeri Terengganu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang mana lokasinya bersebelahan dengan Pantai Teluk Ketapang ini telah diperbesarkan. Oleh yang demikian, telah berlaku sedikit perubahan dari segi keadaan pantai. Kini pantai di Teluk Ketapang telah ditambak dengan batu bagi mengelakkan hakisan dan menguatkan struktur lapangan terbang tersebut. Tambak tersebut kini menjadi destinasi dan pilihan kepada para pemancing bagus melampiskan gian memancing mereka disini.


Monday, May 17, 2010

Budu

Makanan : Budu.

Di Terengganu, Budu merupakan pelengkap makanan yang sangat terkenal dan digemari. Budu ialah hasil proses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Sesetangah orang menganggap budu sebagai makanan yang busuk, tetapi bila sudah merasai penangan budu, tanggapan negatif itu akan hilang. Sebelum dicicah, budu kebiasaannya dihidang bersama lada, perahan limau nipis ataupun hirisan mangga.

Budu sering diperlekeh oleh warga luar kerana baunya yang menarik deria bau. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh siantis luar negara, penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu boleh didapati dengan mudah di pasaraya-pasaraya mahupun kedai-kedai runcit di Terengganu.

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media