Tuesday, May 18, 2010

[Jom Lawat] Pantai Teluk Ketapang

Destinasi : Pantai Teluk Ketapang

Sebuah lagi pantai bersebelahan dengan pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot. Pantai ini mungkin merupakan pantai yang anda biasa dengar di media dengan kesohorannya dari sudut pelancongan. Antara yang menarik di pantai ini ialah Restoran yang menyajikan makanan berasaskan laut seperti Sotong, Udang, Ketam, dan Keropok Lekor. Dan resepi yang pastinya menjadi sebutan ialah resepi Celup Tepung. Terdapat kira-kira 5 gerai yang menyajikan santapan seperti ini kepada pengunjung.

Selain itu di atas kepesatan Pembangunan Negeri Terengganu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang mana lokasinya bersebelahan dengan Pantai Teluk Ketapang ini telah diperbesarkan. Oleh yang demikian, telah berlaku sedikit perubahan dari segi keadaan pantai. Kini pantai di Teluk Ketapang telah ditambak dengan batu bagi mengelakkan hakisan dan menguatkan struktur lapangan terbang tersebut. Tambak tersebut kini menjadi destinasi dan pilihan kepada para pemancing bagus melampiskan gian memancing mereka disini.


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media