Destinasi : Taman Tamadun Islam
Dibuka secara rasmi pada
8 Februari 2008 oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid ini secara rasminya menjadi ikon baru dalam industri pelancongan di Negeri Terengganu Darul Iman. Dibangunkan di atas sebuah pulau di pinggir Sungai Terengganu,
Pulau Wan Man ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga asing untuk menjejakkan kaki di pulau ini.

Taman ini adalah taman tema pertama yang diiktiraf senibina Islam yang mana mempunyai
21 replika yang berkaitan dengan sejarah Islam dunia. Masjid yang dibina menggunakan kaca ini telah berjaya menarik puluhan ribu pengunjung semenjak pembukaannya.


Mereka yang tiba dengan perut yang kosong boleh menghadirkan diri ke khemah makanan yang berkonsepkan buffet dengan juadah yang menyelerakan dan harga yang berpatutan antara
Rm3 hingga RM9.

Mereka yang ingin berkunjung ke sini boleh menaiki kenderaan sendiri dan juga boleh menggunakan perkhidmatan awam dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kini terdapat bas yang dikhususkan untuk membawa pengunjung terus ke TTI ini dari pusat bandar. Jarak perjalanan dari pusat bandar memakan masa
5-10 minitPeta ke TTI dari Pusat Bandar
Besarkan Peta || Gerakkan peta mengikut kehendak ||
Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini
0 Komen:
Post a Comment