Monday, May 17, 2010

[Jom Makan] Nasi Dagang

Makanan : Nasi Dagang.

Nasi Dagang ialah antara hidangan istimewa di Terengganu. Nasi Dagang biasanya dihidang ketika majlis-majlis kesyukuran mahupun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ramuan Nasi Dagang di Terengganu sedikit berbeza berbanding di negeri lain. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Tambahan pula, Nasi Dagang Terengganu dihidangkan bersama kuah Nasi Dagang yang dimasak menggunakan rempah istimewa, dan juga menggunakan ikan tongkol ataupun dikenali sebagai ayer.

Nasi Dagang boleh didapati di gerai-gerai makanan mahupun restoran-restoran terkenal di Terengganu. Malahan, sajian istimewa ini turut menjadi juadah di hotel-hotel mewah.Nasi Dagang boleh didapati dengan harga yang murah, kira-kira RM 1.50 hingga RM 2.50 untuk satu hidangan.

Bagi yang ingin mencuba sendiri kaedah penyediaan Nasi Dagang, resepi Nasi Dagang amatlah simple dan mudah.

Nasi

2 cwn beras basmati
1/2 cwn beras pulut
1/2 cwn beras wangi unpolished
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara: Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas. Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan.
Acar
Bahan2:

Timun
Lobak
Bawang besar (hiris baji)
1 btg cili merah
1 sudu cuka
1 sudu gula
secubit garam

Selamat Mencuba..!!!

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media