Thursday, July 29, 2010

[Jom Serbu] Monsoon Cup


Destinasi : Pulau Bidong - Monsoon Cup

Tarikh : 30 Novermber 2010 - 5 Disember 2010
Tempat : Pulau Duyong

Piala Monsun atau lebih sinonim dengan panggilan Monsoon Cup di bibir penggemar sukan air ini. Kejohanan Kapal Layar ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Lokasi pertandingan adalah di Pulau Duyong, Terengganu. Sejarah mengenai piala ini ialah, ia bermula pada tahun 2005 lagi di mana ia merupakan siri terakhir Jelajah "World Match Racing".

Laman Web rasmi pertandingan.




Kongsikan Bersama


Saturday, July 24, 2010

Hajat Besar 2010

Destinasi : HajatBesar 2010

Berikut adalah keratan akhbar mengenai Monsun Cup 2010 yang bakal berlansung pada 30 November 2010 di Pulau Duyong, Terengganu.

Mirsky bawa hajat besar


2010/07/23

PELAYAR Australia, Torvar Mirsky mahu menjadikan saingan Piala Monsun 2010 sebagai medan meraih gelaran Juara Perlumbaan Kapal Layar ISAF selepas sekadar menghuni tangga kedua ekoran keputusan tempat ketujuh di Terengganu, saingan terakhir siri perlumbaan dunia.

Minoprio menewaskan pelayar dari Britain, Ben Aislie di final Piala Monsun 2009 untuk merampas gelaran dunia yang pertama buat dirinya. Pada tahun ini, dengan separuh daripada musim Kejohanan Perlumbaan Kapal Layar Dunia (WMRT) sudah berakhir, Mirsky dan pasukannya, Mirsky Racing Team, menduduki tempat kedua kutipan mata keseluruhan di belakang pelayar Perancis, Mathieu Richard.
Richard mengumpul 77 mata - 17 mengatasi Mirsky manakala Minopro mengumpul 54 mata. Perlumbaan berikut adalah di St Moritz pada 31 Ogos hingga 5 September diikuti Piala Emas Argo Group di Bermuda (4 hingga 10 Oktober), Qingdao Match Cup (19 hingga 24 Oktober) sebelum saingan terakhir di Kuala Terengganu pada 30 November hingga 5 Disember.

“Memang terlalu mengecewakan apabila terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada tahun lalu dan saya berazam meraih keputusan baik tahun ini. Kini ramai nakhoda hebat bersaing merebut gelaran dunia,” katanya.

Mirsky dan krew utama, Kinley Fowler kini berada di Putrajaya menyertai program Sekolah Pelayaran Monsun yang akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, minggu depan.



Kongsikan Bersama


Friday, July 16, 2010

[Jom Rehat] Laguna Redang Island Resort

Destinasi : Laguna Redang Island Resort.


Resort ini terletak di Pulau Redang, Terengganu. Kedudukan resort ini menghadap pantai yang bersih memutih dengan pasir pantai yang halus, air yang jernih. Binaan resort ini adalah berunsurkan binaan Melayu dengan bangunan utama yang tersergam indah.


Di resort ini terdapat kolam renang dan jakuzi terbuka (Gambar). Kolam renang dibuka sehingga jam 7.00 sahaja. Pada sebelah malamnya resort ini menyediakan persembahan hiburan kepada pengunjung yang mana dihiburkan oleh kumpulan pemuzik dari Resort itu. Bilik di sini ada yang menghadap taman, menghadap kolam dan juga menghadap laut (sea view).

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah :
  • Menyelam (Diving)
  • Snorkeling
  • Memancing
  • Banana Boat
  • Kayak
  • Memanah
  • Bola Tampar Pantai
  • Jungle Trekking
  • Pool
  • Mengurut (Massage)
Untuk sampai ke sini :
Menaiki Bot/Feri dari Jeti di Bandaraya Kuala Terengganu (bersebelahan Taman Syahbandar/ Pasar Payang)

* Buat masa ini jetty di Merang tidak dapat digunakan lagi atas sebab tertentu.

Kadar Bayaran / Rate :
Bermula dari RM 368.00 - RM 658.00 [Senarai Penuh]


Sebarang Masalah Boleh menghubungi

KUALA LUMPUR OFFICE
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
11-B-1 Medan Imbi
Off Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-2141 1188 begin_of_the_skype_highlighting              +603-2141 1188      end_of_the_skype_highlighting
Fax:+603-2141 2333
Map to New KL Office




KUALA TERENGGANU OFFICE
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Malaysia
Tel: +609-631 0888
Fax: +609-631 3322


RESORT
Laguna Redang Island Resort
Pasir Panjang, Redang Island
Tel: +609-630 7888
Fax: +609-630 7878
Malaysia


LOGISTIC
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Malaysia
H/p: 012-9888 907
Tel: +609-6310 888







Kongsikan Bersama


[Jom Serbu] PIKOM PC FAIR




Destinasi
: Terengganu Trade Center


Tarikh : 15 -17 Julai 2010

Tempat : Terengganu Trade Center (TTC) Kuala Terengganu
Masa : 9 Pagi - 10 Malam
Aktiviti : Jualan Barangan Komputer Anjuran PIKOM

JOM SERBU SEKARANG!!

Kongsikan Bersama


Wednesday, July 14, 2010

[Jom Serbu] Gamelan Sedunia




Destinasi : Gamelan Sedunia, Dataran Syahbandar

Tarikh : 23-25 Julai 2010
Lokasi : Dataran Syahbandar
Aktiviti : Gamelan

Pengalamanku :
Hujan renyai-renyai pada malam ini. Aku bersama kameraku keluar menuju ke Bandaraya Kuala Terengganu. Malam ini aku bakal menyaksikan persembahan dari seluruh dunia yang akan dilangsungkan di Dataran Syahbandar. Berbekalkan semangat yang kental memandangkan ini lah malam terakhir Festival Gamelan Sedunia yang akan berlangsung di bumi bertuah, Terengganu. Hujan renyai-renyai kadang-kadang lebat tidak sesekali mematahkan semangatku untuk keluar mengambil gambar acara ini dan memuatkan ke dalam blog pelancongan ku ini.


Festival ini akan mengumpulkan kumpulan gamelan dari seluruh dunia termasuklah dari Bali dan Pulau Jawa Indonesia, kumpulan gabungan negara Eropah, dan Jepun. Festival ini berlangsung dari 23 Julai sehingga 25 Julai 2010.


Kongsikan Bersama


Tuesday, July 13, 2010

[Jom Lawat] Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Destinasi : Pulau Kerengga, Marang.


Terletak di daerah Marang, destinasi ini merupakan salah satu tempat rekreasi kepada penduduk setempat dan pengunjung dari luar. Jarak dari Bandar Marang adalah sejauh 12KM. Taman ini di hiasi dengan deretan pokok-pokok bunga dan pokok perhiasan lain. Selain itu juga terdapat juga permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak bermain.



Kongsikan Bersama


Saturday, July 10, 2010

[Jom Lawat] Bukit Besi


Destinasi : Bukit Besi

Bukit Besi adalah sebuah lokasi perlombongan terkenal di negeri Terengganu yang terletak di daerah Dungun suatu masa dahulu. Ia ditutup pada tahun 1970" yang mana kini menjadi sejarah dan meninggalkan satu tasik iaitu Tasik Puteri kesan dari perlombongannya.

Dahulunya perlombongan di Bukit Besi ini adalah antara yang terbesar di dunia yang mana dibuka oleh syarikat Perlombongan Nippon. Namun mulai tahun 1945 sehingga 1947 ia diambil alih oleh British seterunya menjualnya kepada syarikat Eastern Miningdan Metal Company mulai 1949 sehingga 1960. Dan pada 1970 Kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk menutupnya seterusnya menjadikan lombong ini sebagai salah satu tempat perlancongan untuk Negeri Terengganu.





Kongsikan Bersama


Thursday, July 1, 2010

[Jom Lawat] Tasik Kenyir

Destinasi : Tasik Kenyir

Tasik yang sememangnya tidak asing bagi sesiapa sahaja di Malaysia ini. Tasik terbesar buatan Manusia di Malaysia ini dibina antara tahun 1978 dab 1985. Pada tahun 1985, empangan ini dijadikan pusat menjana tenaga hidro yang mana empangannya mampu menampung 23.6 Juta meter cubic air bersamaan 38000 hektar. Terdapat lebih dari 300 Pulau yang mana terhasil apabila tanah tinggi yang tidak ditenggelami air seterusnya menjadi pulau.

Terdapat 30 anak sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 jenis spesis ikan. Tidak hairanlah Tasik Kenyir ini terkenal sebagai syurga kepada para pemancing-pemancing. bagi para pemancing mereka boleh sampai ke destinasi untuk memancing sama ada dengan menaiki bot persendirian ataupun bot yang disewa dari tokang-tokang bot.

Tarikan pelancong ke sini juga adalah tawaran lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan pokok, dan 300 jenis kulat. Selain itu dikenalpasti lebih 800 spesis rama-rama, 370 jenis orkid, 1000 jenis burung dan 200 jenis haiwan ada di Tasik Kenyir ini.

Tasik ini terletak 65KM daripada Kuala Terengganu yang mana mengambil masa kira-kira 1 Jam untuk sampai di Pengkalan Gawi, pintu masuk ke Tasik Kenyir. Satu lagi pintu ialah Pengkalan Jenagor. Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki kenderaan persendirian, bas motor, kereta dan van.

Air terjun yang terkenal di Tasik kenyir ini ialah Air terjun Lasir yang mana kita akan kupas di Jom Mandi di Jom Terengganu.

Agensi yang bertnaggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) . Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Terengganu, Malaysia.
No Tel : 09-6267788
Email : tasikkenyir@netscape.net
Http://www.ketengah.gov.my/kenyir

Kongsikan Bersama


Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media