Wednesday, June 16, 2010

[Jom Lawat] Air Panas La

Destinasi : Air Panas La.

Lokasinya terletak di daerah Besut, Terengganu. Namanya diberi kerana terletak di Kampung La. Untuk sampai ke tempat ini, anda boleh menggunakan kereta atau bas mahupun motorsikal. Ini kerana kemudahan jalan raya telah disediakan dan dalam keadaan baik. Jalan masuk ke ke Air Panas ini boleh dimulakan melalui Bandar Jerteh. Perjalanan sejauh 28KM dari Bandar Jerteh pasti tidak bosan kerana anda disajikan pemandangan menghijau di sepanjang perjalanan anda ke sana.

Air Panas mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan. Ia dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti penyakit kulit, lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kaedah rawatan yang biasa dilakukan jika anda di kolam air panas ini ialah merendam kaki ke dalam kolam. Terdapat dua tempat berasingan disediakan kepada pengunjung yang dapat bagi merasa kehangatan kolam air panans ini. Kolam khas yang disediakan jika pengunjung yang datang terlalu ramai. Kolam khas untuk wanita juga disediakan dan tempatnya adalah tertutup. Manakala bagi pengunjung lelaki adalah dalam keadaaan terbuka.

Sedikit fakta mengenai Kolam air panas ini ialah, air hangat yang mengalir mengandungi kimia Sulfur atau lebih dikenali dengan nama belerang dengan kehangatannya mencecah 49 Darjah celcius. Kemudahan lain seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang ingin beriadah, di sini juga terdapat alur sungai kecil dengan air yang jernih yang mana sesuai untuk bermandi manda.


Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media