Wednesday, June 16, 2010

[Jom Lawat] Zoo Mini Kemaman

Destinasi : Zoo Mini Kemaman

Dibuka pada tahun 2009, Zoo ini merupakan zoo pertama di Negeri Terengganu. Zoo ini terletak di Daerah Kemaman di Kampung Ibok. Ia terdiri daripada hasil gabungan kawasan pameran spesies haiwan, taman rekreasi air, taman tema dan kebun buah-buahan. Dan lokasi zoo ini juga merupakan habitat semulajadi kunang-kunang yang terbesar di Pantai Timur.
Dengan keluasan tanah sebesar 54 hektar, zoo ini mampu menjadi tarikan utama dan menarik pelancong seterusnya memangkin pembangunan ekonomi di Negeri Terengganu Darul Iman. Kawasan kunang-kunang di Kg Yah Yah merupakan kawasan yang bersempadanan dengan zoo ini. Di zoo ini antara haiwan yang dipamerkan adalah seperti Harimau, Rusa, Gajah, Burung Merak, dan 100 spesies haiwan lain.

Selain daripada itu, tarikan juga tertumpu pada taman tema air yang berkonsepkan rekreasi hutan, aktiviti mandi manda juga boleh dilakukan di sini. Selain itu juga aktiviti yang agak asing yang hanya terdapat di zoo ini dan tidak terdapat di zoo lain di negara ini ialah aktiviti menunggang gajah.



Di pusat rekreasi pula terdapat beberapa taman tema iaitu taman herba taman tropika, taman buah-buahan, taman orkid, taman bonsai, taman akuatik dan taman pokok hutan. Jika kene pada musimnya, pengunjung dapat merasai buah buahan dari taman ini seperti duku, manggis dan durian.


Kemudahan pengangkutan di Zoo ini ialah :

Bas 2 Kali sehari iaitu pada pukul 12 Tengahari dan 4 Petang dari stesen bas Chukai melalui Centre Point (KCP). Terdapat tempat parking kenderaan disediakan di hadapan zoo ini.

Bayaran Masuk :
  • RM 15 Pelancong Asing
  • RM10 Dewasa
  • RM 5 kanak-kanak
  • RM 3 Pasukan Seragam Sekolah

Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media