Friday, June 4, 2010

[Jom Mandi] Lata Tembakah

Destinasi : Lata Tembakah



Sungguh Redup dan Nyaman. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut. Lata Tembakah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi sebagai lokasi JOM MANDI. Lokasinya terletak di daerah Besut amat berbaloi untuk dikunjungi oleh pengunjung dari Terengganu mahupun dari luar. 24 KM dari Bandar Jertih pengunjung boleh sampai ke destinasi ini dengan menaiki kenderaan persendirian mahupun rombongan dengan bas. Jika pengunjung dari Kuala Terengganu jaraknya adalah sejauh 130 KM dengan anggaran masa 2 Jam untuk tiba ke destinasi.


Untuk memasuki Lata Tembakah ini tiada cas dikenakan. Pengunjung yang ingin berkhemah juga disediakan tapak perkhemahan. Selain itu juga disediakan chalet kepada pengunjung yang ingin bermalam dan menikmati keindahan Lata Belatan ini dengan harga yang berpatutan sekitar RM50 satu malam.Tumbuh-tumbuhan semulajadi , aliran air yang bersih dan kolam-kolam yang yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga merupakan aset penting yang menarik pengunjung ke sini. Terdapat beberapa tingkat air terjun pada tahap ketinggian berbeza.


Gambar di bawah merupakan tingkat air terjun tertinggi di Lata ini. Kolam yang ada disini adalah semulajadi dan airnya semestinya sejuk dan menyegarkan. Kedalaman kolam juga berbeza, bagi anda yang gemar berenang dan menyelam di Lata ini mungkin sekali tempat yang sesuai untuk anda.


7 Komen:

Anonymous said...

Kat besut ke ni?

Juz Kozu on June 26, 2010 at 9:57 PM said...

Maaf atas kelewatan. Lokasi Di Besut.
30KM dari bandar besut. TQ

Anonymous said...

nk camping,so berapa rggt satu malam,n sape perlu contact?
014-5153140

Anonymous said...

boley nerkhemah malam ta kt sini..coz lpas PMR plan na wat camping sini..

Juz Kozu on August 3, 2012 at 2:59 AM said...

Boleh berkhemah di tapak ni... ada bnyak tapak perkhemahan..

Anonymous said...

btul eh? dyorang punye guard ta marah ke?bermalam kt situ

Anonymous said...

dye punye pak guard ta marah ke?kene sewa ke kalau na berkhemah semalam kt cnie

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media