Thursday, June 10, 2010

[Jom Rehat] Awana Kijal Resort

Destinasi : Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort

Dengan keindahan pantai sejauh 7.6KM yang terbentang dengan ketenangan ombak memukul pantai, destiansi sebegini boleh dihayati di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Terletak di Daerah Kemaman, resort ini antara resort yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara. 20KM dari Bandar Chukai Kemaman, dan 140KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Kadar Bayaran sewa untuk bilik di resort ini adalah antara RM300 - RM1300 semalaman. Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah, Kemudahan Bersenam, Kolam Renang, Gelanggang Tenis, Bilik Mesyuarat, dan Gerai Menjual Barangan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Resort ini adalah seperti :
  • Bersenam
  • Bermain Snuker
  • Memanah
  • Berenang
  • Berjakuzi
  • Mandi Sauna
  • Scuba dan Snorkelling
  • Berkhemah
  • Bersantai dengan berbasikal
  • Melihat Penyu Bertelur
  • Ke Pasar Malam
  • Melihat Kunang-kunang




View Larger Map


Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188 begin_of_the_skype_highlighting              (609) 864 1188      end_of_the_skype_highlighting
Facsimile: (609) 864 1688



Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media