Saturday, June 5, 2010

[Jom Mandi] Air Terjun Sekayu

Destinasi : Air Terjun Sekayu.


Air Terjun Sekayu atau dengan nama lain Hutan Lipur Sekayu terletak di kawasan hutan simpan Hulu Terengganu. Ia terletak di Kawasan Daerah Hulu Terengganu yang mana 60KM dari bandar Kuala Terengganu. Tarikan di sini ialah air terjun dan kawasan yang sesuai untuk berkelah dan bersantai. Airnya yang jernih tentu sekali mengamit perasaan pengunjung untuk mengunjunginya.
Selain dari itu juga terdapat kebun pokok pokok herba daripada beratus jenis pokok herba disajikan kepada penonton untuk mengunjunginya. Taman herba ini diserikan lagi dengan kolam ikan yang menarik. Persekitaran yang menenangkan di Sekayu ini amat berguna bagi mereka yang ingin melepaskan penat berkerja dan bercuti bersama keluarga. Ia pasti meninggalkan kenangan indah di sanubari pengunjung yang berkunjung ke sini.

Mereka yang ingin menetap atau lebih tepat bermalam di Sekayu ini, pihak Pengurusan Sekayu ada menyediakan kemudahan penginapan dengan sewa yang amat berpatutan dengan kemudahan lengkap disediakan. Semestinya mereka yang inginkan ketengangan tidak akan melepaskan peluang di sini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Besarkan Peta

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media