Monday, April 26, 2010

[Jom Lawat] Muzium Losong

Destinasi : Muzium Losong


Muzium Losong terletak 2 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara, muzium ini semestinya menjanjikan seribu pengalaman baru kepada pengunjungnya. Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.


Terdapat gerai jualan cenderamata bagi mereka yang ingin mendapatkannya sebelum pintu keluar muzium. Antara barangan cenderamata yang ada dijual ialah seperti baju, barangan kraftangan dan keychain. Dapatkan barangan ini sebelum anda keluar dari muzium ini.

Mereka yang ingin mengunjungi muzium ini boleh menggunakan kenderaan sendiri. Selain itu perkhidmatan teksi dan bas juga disediakan kepada pengunjung di Stesen Teksi&Bas di Pusat Bandaraya.Untuk memasuki muzium ini, pengunjung perlulah membeli tiket dengan harga Dewasa RM5.



Pernah Melawat? Ingin Bertanya? Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini.TQ

1 Komen:

fara_bola94 on March 3, 2011 at 1:26 AM said...

kenapa x nyatakn tiket bg setiap kategori??ini akn memudahkn bg lwatan pelajar.. mcm sy..

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media