Saturday, April 17, 2010

[Jom Lawat&Makan] Pantai Mengabang Telipot

Destinasi : Pantai Mengabang Telipot.

Sebuah lagi pantai di Kuala Terengganu. Lokasinya terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini.

Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung,Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini. Cara pemakanan yang menggunakan "colek" atau sos lebih popular di Terengganu dengan ramuan sendiri tidak sama dengan sos yang ada dijual di kedai-kedai. Harga untuk sepinggan sotong adalah linkungan 8-9 Ringgit, bagi ketam pula mengikut saiz lingkungan RM5 seekorbagi saiz ketam yang agak besar. ABC di dalam gambar di atas adalah berharga Rm1.50 sahaja.

Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan. Anda boleh melihat deretan bot nelayan di pesisir pantai ini.

Gambar deretan bot


Para Nelayan Membetulkan Pukat

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media