Friday, April 9, 2010

[Jom Beli] Mydin Mall

Destinasi : Mydin Mall


Mydin Mall merupakan sebuah pusat beli belah di Kuala Terengganu. Boleh dikatakan ia merupakan pusat yang paling sibuk dengan kunjungan para pembeli yang ingin membeli belah dan juga menjamu selera. Dibina sejak tahun 2008, Mall ini menempatkan deretan kedai menjual pakaian di sisi kiri bangunan dan juadah makanan di sebelah kanannya.

Antara gerai makanan yang ada di sini ialah seperti KFC, Mayang Village, deretan kedai masakan panas dan kedai menjual makanan ringan. Selain itu terdapat juga kedai menjual pelekat, air kesihatan, minyak wangi, kasut, pakaian. terdapat juga kedai aksesori komputer dan menjual set-set komputer dengan harga yang berpatutan.

Kemudahan yang disediakan di mall ini adalah seperti Tandas Awam, Surau, Tempat meletak kereta, dan Mesin Atm (Maybank, Bank Rakyat, bank Islam, Alliance Bank, CIMB).
Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media