Sunday, April 11, 2010

[Jom Daki]Gunung Gagau

Destinasi : Gunung Gagau

Sebuah lagi Gunung yang pernah ku daki di antara gunung-gunung lain di Malaysia. Ekspedisi yang bermula di Empangan Jenagor akan menuju destinasi iaitu di kaki gunung Gagau. Eksoedisi ini disertai 30 orang perserta dan 5 orang guide sebagai penunjuk arah ke sana. Untuk ke sana kami menaiki 2 buah bot. Perjalanan ini bakal merentasi Tasik Kenyir selama 5 jam untuk sampai ke tapak perkhemahan.

Dalam perjalanan kami ke sana, semestinya perut akan mula berbunyi kerana sudah sampai waktu makan. Makan nasi bungkus? ekekeke kami memasak di atas bot. segala kelengkapan memasak tersedia di atas bot. Apa yang perlu di bawa ialah bahan mentah sahaja. Kepada mereka yang nak makan ikan segar boleh la labuhkan mata kail anda ke dalam air di tasik kenyir ini. Mana tau boleh dapat ikan toman. Pasti sedap menjamu selera.

Selepas hampir 6 jam perjalanan menaiki bot ke tapak perkhemahan kami di Permulaan Sungai Cicir. Ini merupakan tempat bermula pendakian kami ke Gunung Gagau. Sebenarnya kami tidaklah mendaki sampai ke puncak, tapi hanya separuh jalan sahaja. Kerana untuk mendaki gunung ini mengambil masa yang agak lama.

Setelah sampai di tapak perkhemahan aku terjun ke dalam air untuk mandi. Air nya terasa sedikit sejuk, mungkin kerana hari sudah senja. Kemudian setelah selesai memasang khemah sedikit taklimat diberikan bagi menerangkan langkah-langkah keselamatan yang harus dititikberatkan semasa di dalam hutan.

Keesokkan paginya kami bersedia untuk mendaki, perjalanan mengambil masa 2 jam untuk ke sampai ke pertengahan jalan ke puncak. Perjalanan ke atas haruslah berhati-hati dan tidak terpisah dari anggota yang lain kerana terdapat banyak jalan yang bercadang di tengah-tengah jalan. Dan aku sendiri telah tersesat sejauh beberapa ratus meter akibat terpisah dari rakan-rakan dan jalan bercabang ini. Setelah hampir dua jam berjalan kami sampai di pertengahan jalan ke puncak gunung gagau. Terdapat alur mata air yang menyusuri ke bawah dan menjadi tempat persinggahan sementara pendaki. Kami berhenti rehat seketika sebelum beransur-ansur turun kembali ke tapak perkhemahan. Air sungai yang jernih mengalir ini terus boleh diminum. Mereka yang kehabisan air boleh menggunakan air ini sebagai bekalan semasa perjalanan turun nanti.

Setelah sampai di tapak perkhemahan kami berehat dan malam tersebuat diadakan sedikit aktiviti dalam kumpulan. Keesokkan harinya kami menaiki bot bergerak ke sebuah gua di tasik kenyir iaitu Gua Kelawar. Di dalam gua ni terdapat banyak tahi kelawar, dan mungkin kerana inilah namanya Gua Kelawar.


Kongsikan Bersama


2 Komen:

Anonymous said...

erm...gagau wait for me....

kesatuan pejuang malaysia on April 29, 2012 at 10:10 AM said...

baru balik.sapa yg dah smpai puncak gunung gagau,lebih hebat dr puncak kinabalu.serius cakap.sangat susah,tambahan gunung tersebut jarang didaki kerana nak mendaki ke gunung tersebut anda perlu trekking 14km jauhnya(gi balik sama dgn 28km).terdapat 12 bukit dr base camp sg cicir sebelum tiba ke camp pak chau.dr kem pak chau ke kem anak cicir pulak terdapat beberapa lg bukit.dr kem anak cicir ke puncak gunung gagau,Ya Allah, Tuhan saja yg tau brp bnyk bukit dan curam nak didaki.

kadang2 trek tu hilang kerana pokok balak tumbang.perjalanan balik kami terpaksa trekking 5jam pada waktu malam.xdela jalan mcm kinabalu ni.dgn timbunan balak yg perlu dipanjat dan meniti di atasnya,lengkap cabaran dari A smp Z utk gunung gagau.bagi rm 1000.00 pun aku xsanggup nak pergi lg.

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media