Pantai Penarik merupakan sebuah lagi lokasi yang anda patut lawati. Ia merupakan sebuah pantai di daerah setiu. Mempunyai pesisir pantai yang memanjang dan bentuk pantainya yang landai menjadikan pantai ini dijadikan persinggahan pengunjung bagi berkelah, berehat dan juga memancing.
Aktiviti utama penduduk disini adalah daripada laut. Nelayan merupakan pekerjaan utama penduduk di kawasan ini. Kawasan ini telah dipopularkan sebagai salah satu tempat rekreasi kepada pengunjung-pengunjung dari luar mahupun tempatan.
Pantai yang memutih pastinya mengamit perasaan pengunjung ke sini. Aktiviti yang boleh dilakukan ketika di pantai ini adalah memancing, berkelah dan beriadah. Dari sini juga anda dapat melihat pemandangan yang semestinya menarik dengan deretan pulau di lautan jelas memanggil anda untuk mengunjunginya. Antara pulau yang dapat dilihat dari pantai ini ialah, Pulau Redang, Pulau Bidong, dan Pulau Perhentian.
Jika anda lajakkan sedikit perjalan anda ke persimpangan Penarik yang mana terdapat deretan kedai dan sebuah masjid, anda berpeluang melihat bot-bot yang sedang mendaratkan hasil tangkapannya. Disini anda akan dapat melihat jeti tempat perhentian bot-bot nelayan.
0 Komen:
Post a Comment