Friday, April 9, 2010

[Jom Rehat] Hotel Seri Malaysia

Destinasi : Hotel Seri Malaysia
Nama Hotel Seri Malaysia tidak perlu disebut lagi dikalangan kita. Ia tidak asing lagi sebagai salah satu tempat penginapan yang mempunyai rangkaian yang meluas di Malaysia. Terletak di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, ia pasti menjadi tumpuan kepada pengunjung dari luar untuk menginap. Perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan mengambil masa selama 20 Minit.

Dari hotel ini, antara tempat yang dekat dan senang dikunjungi ialah Pasar Payangm Pulau Duyong, Muzium Losong, Masjid Terapung, Keropok Lekor Losong dan Pantai Batu Burok.
Bagi Mereka yang berminat untuk menginap di hotel ini, berikut adalah butirannya : 

Hotel Seri Malaysia
Kuala Terengganu
Lot 1640, Jalan Hiliran,
(Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
Tel : 09-623 6454
Fax: 09-623 8344

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media