Friday, April 9, 2010

[Jom Lawat] Lagun Kuala Ibai

Destinasi : Lagun Kuala Ibai


Sebuah lagi tempat yang bagi saya indah dan menarik untuk dikunjungi. Lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Terengganu iaitu sejauh 8 KM menjadikan tempat ini antara tempat yang dituju oleh warga bandaraya Kuala Terengganu mahupun penduduk berdekatan.

Aktiviti utama yang biasa dilakukan di sini ialah berkelah bersama keluarga yang mana di sini bentuk muka buminya yang landai dan berumput nipis amat bersesuai untuk dijalankan aktiviti tersebut. Ada keluarga yang datang ke sini untuk berbarbeque tidak lupa mereka yang menganjurkan aktiviti gathering. Waktu puncak pengunjung di sini ialah pada waktu petang yang mana aktiviti air turut menjadi perhatian.

Aktiviti air seperti mandi manda merupakan aktiviti utama disini. Keadaaan pantai yang landai dan airnya yang cetek menarik ramai pengunjung untuk mandi disini. Tidak lupa kepada mereka yang suka memancing, tempat ini juga menjadi tumpuan pemancing kerana berada di muara sungai.

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media