Showing posts with label Jom Lawat. Show all posts
Showing posts with label Jom Lawat. Show all posts

Monday, June 27, 2016

~~ BATU PENYU ~~Bukit Che Hawa , Rantau Abang



Batu Penyu  terletak di Bukit Che Hawa, Rantau Abang di Daerah Dungun. Batu ini dikatakan menjadi punca kedatangan penyu ke Pantai Rantau Abang. 

Friday, August 27, 2010

[Jom Lawat] Taman Syahbandar

Destinasi : Taman Syahbandar


Taman Syahbandar merupakan sebuah taman yang terletak di tengah Bandaraya Kuala Terengganu. Ia terletak di pesisir muara sungai Terengganu. Tapak ini dibina berhampiran dengan bandar menjadikan ia sebagai tapak yang sesuai untuk dijalankan pelbagai aktiviti.

Taman yang sesuai untuk beristirehat dan bersantai


Replika Kapal di Taman Syahbandar
Antara aktiviti yang dijalankan disini ialah beriadah, bersenam, memancing dan bersantai bersama keluarga. Disini juga terdapat kemudahan seperti Tandas Awam, Tempat makan, Kawasan Parking yang luas, dan Kedai Runcit

Antara Aktiviti yang dijalankan di Taman Syahbandar



Kongsikan Bersama


Friday, August 20, 2010

[Jom Lawat] Pusat Penerangan Penyu

Destinasi : Pusat Penerangan Penyu


Terletak di Rantau Abang, Daerah Dungun, Terengganu. Pusat ini dibina bagi memberikan pengetahuan kepada pengunjung mengenai haiwan ini. Selain itu tempat ini bertujuan memberi perlindungan, memulihara dan menguruskan penyu di Negeri Terengganu. Pusat ini terletak 62KM dari Bandaraya Kuala Terengganu yang mana memerlukan masa 1 Jam untuk sampai ke destinasi. Manakala dari Bandar Dungun pula hanya 15 Minit diperlukan untuk sampai ke destinasi.

Untuk masuk ke Pusat ini tidak ada bayaran dikenakan. Anda juga boleh membawa masuk kamera. Di sini juga terdapat tempat penetasan telur penyu dan ada kolam untuk penyu-penyu yang telah menentas.



Kongsikan Bersama


Tuesday, July 13, 2010

[Jom Lawat] Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Destinasi : Pulau Kerengga, Marang.


Terletak di daerah Marang, destinasi ini merupakan salah satu tempat rekreasi kepada penduduk setempat dan pengunjung dari luar. Jarak dari Bandar Marang adalah sejauh 12KM. Taman ini di hiasi dengan deretan pokok-pokok bunga dan pokok perhiasan lain. Selain itu juga terdapat juga permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak bermain.



Kongsikan Bersama


Saturday, July 10, 2010

[Jom Lawat] Bukit Besi


Destinasi : Bukit Besi

Bukit Besi adalah sebuah lokasi perlombongan terkenal di negeri Terengganu yang terletak di daerah Dungun suatu masa dahulu. Ia ditutup pada tahun 1970" yang mana kini menjadi sejarah dan meninggalkan satu tasik iaitu Tasik Puteri kesan dari perlombongannya.

Dahulunya perlombongan di Bukit Besi ini adalah antara yang terbesar di dunia yang mana dibuka oleh syarikat Perlombongan Nippon. Namun mulai tahun 1945 sehingga 1947 ia diambil alih oleh British seterunya menjualnya kepada syarikat Eastern Miningdan Metal Company mulai 1949 sehingga 1960. Dan pada 1970 Kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk menutupnya seterusnya menjadikan lombong ini sebagai salah satu tempat perlancongan untuk Negeri Terengganu.





Kongsikan Bersama


Thursday, July 1, 2010

[Jom Lawat] Tasik Kenyir

Destinasi : Tasik Kenyir

Tasik yang sememangnya tidak asing bagi sesiapa sahaja di Malaysia ini. Tasik terbesar buatan Manusia di Malaysia ini dibina antara tahun 1978 dab 1985. Pada tahun 1985, empangan ini dijadikan pusat menjana tenaga hidro yang mana empangannya mampu menampung 23.6 Juta meter cubic air bersamaan 38000 hektar. Terdapat lebih dari 300 Pulau yang mana terhasil apabila tanah tinggi yang tidak ditenggelami air seterusnya menjadi pulau.

Terdapat 30 anak sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 jenis spesis ikan. Tidak hairanlah Tasik Kenyir ini terkenal sebagai syurga kepada para pemancing-pemancing. bagi para pemancing mereka boleh sampai ke destinasi untuk memancing sama ada dengan menaiki bot persendirian ataupun bot yang disewa dari tokang-tokang bot.

Tarikan pelancong ke sini juga adalah tawaran lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan pokok, dan 300 jenis kulat. Selain itu dikenalpasti lebih 800 spesis rama-rama, 370 jenis orkid, 1000 jenis burung dan 200 jenis haiwan ada di Tasik Kenyir ini.

Tasik ini terletak 65KM daripada Kuala Terengganu yang mana mengambil masa kira-kira 1 Jam untuk sampai di Pengkalan Gawi, pintu masuk ke Tasik Kenyir. Satu lagi pintu ialah Pengkalan Jenagor. Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki kenderaan persendirian, bas motor, kereta dan van.

Air terjun yang terkenal di Tasik kenyir ini ialah Air terjun Lasir yang mana kita akan kupas di Jom Mandi di Jom Terengganu.

Agensi yang bertnaggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) . Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Terengganu, Malaysia.
No Tel : 09-6267788
Email : tasikkenyir@netscape.net
Http://www.ketengah.gov.my/kenyir

Kongsikan Bersama


Sunday, June 27, 2010

[Jom Lawat] Taman Istana Maziah

Destinasi : Taman Istana Maziah.

Taman ini terletak di hadapan Istana Maziah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu. Kedudukannya juga berhampiran dengan Bukit Puteri (gambar bawah) yang mana dapat dilihat dengan jelas. Selain itu ia juga berdekatan dengan Taman Syahbandar yang mana bakal memberikan anda kelebihan tempat untuk dilawati. Selain itu ia juga hanya 100 meter dari Pasar Kedai Payang dan Bazar Warisan.


Terdapat beberapa jenis bunga yang ditanam bagi menceriakan kawasan taman ini. Terdapat juga pancutan air di dalam taman ini bagi tontonan pegunjung dari dalam Terengganu mahupun Luar Terengganu.


Kongsikan Bersama


[Jom Lawat] Pantai Batu Burok

Destinasi : Pantai Batu Burok


Pantai Batu Burok merupakan sebuah lagi tempat rekreasi dan riadah yang paling hampir dengan pusat bandaraya. Jarak 1-2 Km dari pusat bandar menjadikan pantai ini tumpuan pengunjung. Pantai yang dijaga bersih merupakan antara pantai paling terkenal di Terengganu. Kedudukan yang strategik yang hampir dengan bandar membolehkan ia dikunjungi oleh bukan sahaja pengunjung dari luar malahan penduduk tempatan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah, beriadah seperti bermain bola sepak pantai, berkuda, berjoging. Di sini juga terdapat gerai menjual layang-layang untuk pengunjung yang ingin bermain kerana didorong oleh kawasan pantai ini yang sentiasa berangin. Harga untuk layang-layang ini adalah antara RM8-15 bergantung kepada saiz dan coraknya.

Pengunjung yang ingin merasa makanan laut bercelup tepung dan keropok lekor boleh mendapatkannya di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang pantai ini dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang pelbagai. Selain itu di kawasan ini juga terdapat 2 restoran makanan segera iaitu KFC dan A&W yang beroperasi sejak sekian lama. Terdapat sebuah dataran di pantai ini yang mana tempat dilangsungkan aktiviti seperti Pameran, Expo, Jualan dan Karnival. |Klik Batu Burok&Dodge Ball|

Perjalanan ke sini boleh menggunakan Teksi dengan bayaran antara RM5-10 dan bas dari pusat bandar. Bagi mereka yang mempunyai kendaraan sendiri luangkan masa anda menghirup udara nyaman dan pemandangan indah di Pantai Batu Burok.

--

Bersarkan Peta



Kongsikan Bersama


Thursday, June 24, 2010

[Jom Lawat] Kampung Cina

Destinasi : Kampung Cina

Kampung Cina atau dalam bahasa Cina Teng Lang Po terletak di dalam Bandaraya Kuala Terengganu. Kampung ini juga dikenali sebagai Little Chinatown dikalangan pelancong asing yang melawat.
Sejarah kampung ini, pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau ini pada abad ke 18. Ia menyimpan pelbagai warisan bersejarah termasuk deretan bangunan tua yang berseni. Atas dasar itu Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng berkata, pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini.



Kongsikan Bersama


[Jom Lawat] Bukit Puteri

Destinasi : Bukit Puteri

Tidak lengkap anda singgah ke Pasar Payang tanpa singgah di destinasi bersebelahannya iaitu Bukit Puteri.Kedudukannya terletak di muara Sungai Terengganu menghadap Laut China Selatan. Keluasannya meliputi 658 hektar dan ketinggian di anggarkan 200M dari aras laut. Dijadikan sebagai kubu pertahan sekitar 1831 sebagai pertahan melawan musuh.

Pemandangan dari atas bukit

Dari puncak pengungjung akan dapat melihat sekeliling bandar Terengganu.Di puncak bukit ini, anda akan dapat melihat tinggalan sejarah seperti Kubu, Meriam dan Tempat menyimpan peluru. Tiada bayaran dikenakan bagi mereka yang ingin naik ke bukit ini. Pada bulan ramadhan puncak bukit ini akan digunakan sebagai tempat untuk melepaskan tembakan ke udara menandakan masuk waktu berbuka.

Gambar meriam yang menjadi tinggalan


Kongsikan Bersama


Sunday, June 20, 2010

[Jom Selam] Pulau Redang

Pulau Redang merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia pelancongan ini. Nama yang begitu tersohor hingga ke pelusuk dunia pastinya mempunyai satu kekuatan yang luar biasa bukan sekadar omongan sahaja. Merupakan pulau terbesar di antara pulau-pulau di Terengganu pulau ini terletak 45 KM dari Kuala Terengganu. Sekali pandang pastinya pelancong@pengunjung akan kepukau akan keindahan pulau ini.

Pulau Redang ini dikelilingi dengan 9 buah pulau lain iaitu Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Kehidupan laut yang pelbagai dengan perlbagai jenis spesis ikan, terumbu karang, dan penyu bukanlah suatu perkara yang anda patut lupakan semasa mengunjungi ke pulau ini.


Mereka yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari menghadap lautan yang indah terbentang boleh menjadikannya kenyataan di pulau ini. Kebanyakkan resort di pulau ini menghadap laut. Aktiviti utama para pelancong ke pulau redang pastinya untuk melihat isi laut yang terdiri dari ikan dan batu karang. Aktiviti Snorkelling adalah aktiviti yang wajib ada di setiap resort atau chalet yang mereka duduki. Tempat utama snorkelling adalah di Taman Laut yang terletak di sebuah pulau iaitu Pulau Pinang. Di sini, terdapat pelbagai jenis ikan dan terumbu laut yang menarik dan ikan-ikan yang berwarna warni mengelilingi anda.

Jika anda ingin berkunjung ke pulau ini pastikan anda menempah tiket bot dan penginapan lebih awal terutamanya ketika musim puncak iaitu cuti sekolah dan cuti am.


Antara resort yang ada di Pulau Redang ini ialah :
  • Laguna Beach Resort
  • Berjaya Beach Resort
  • Redang Beach Resort
  • Redang Bay Resort
  • Redang Reef Resort
  • Redang Kaling Resort

Berikut adalah jangka masa perjalanan dari destinasi ke Kuala Terengganu :
  • Dari KL - Kuala Terengganu - 8 Jam
  • Dari Singapore - Kuala Terengganu - 9 Jam
  • Dari Johor Bahru - Kuala Terengganu - 10 Jam
  • Dari Pulau Pinang - Kuala Terengganu - 9 Jam
Pautan Berkaitan :
Ku Di Pulau Redang

* Buat masa ini Jeti di Merang ditutup, sila gunakan Jeti di Kuala Terengganu



--------------------------------------------------------------------
Peta Pulau Redang


Besarkan Peta

Kongsikan Bersama


Wednesday, June 16, 2010

[Jom Lawat] Air Panas La

Destinasi : Air Panas La.

Lokasinya terletak di daerah Besut, Terengganu. Namanya diberi kerana terletak di Kampung La. Untuk sampai ke tempat ini, anda boleh menggunakan kereta atau bas mahupun motorsikal. Ini kerana kemudahan jalan raya telah disediakan dan dalam keadaan baik. Jalan masuk ke ke Air Panas ini boleh dimulakan melalui Bandar Jerteh. Perjalanan sejauh 28KM dari Bandar Jerteh pasti tidak bosan kerana anda disajikan pemandangan menghijau di sepanjang perjalanan anda ke sana.

Air Panas mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan. Ia dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti penyakit kulit, lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kaedah rawatan yang biasa dilakukan jika anda di kolam air panas ini ialah merendam kaki ke dalam kolam. Terdapat dua tempat berasingan disediakan kepada pengunjung yang dapat bagi merasa kehangatan kolam air panans ini. Kolam khas yang disediakan jika pengunjung yang datang terlalu ramai. Kolam khas untuk wanita juga disediakan dan tempatnya adalah tertutup. Manakala bagi pengunjung lelaki adalah dalam keadaaan terbuka.

Sedikit fakta mengenai Kolam air panas ini ialah, air hangat yang mengalir mengandungi kimia Sulfur atau lebih dikenali dengan nama belerang dengan kehangatannya mencecah 49 Darjah celcius. Kemudahan lain seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang ingin beriadah, di sini juga terdapat alur sungai kecil dengan air yang jernih yang mana sesuai untuk bermandi manda.


Kongsikan Bersama


Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media