Thursday, July 1, 2010

[Jom Lawat] Tasik Kenyir

Destinasi : Tasik Kenyir

Tasik yang sememangnya tidak asing bagi sesiapa sahaja di Malaysia ini. Tasik terbesar buatan Manusia di Malaysia ini dibina antara tahun 1978 dab 1985. Pada tahun 1985, empangan ini dijadikan pusat menjana tenaga hidro yang mana empangannya mampu menampung 23.6 Juta meter cubic air bersamaan 38000 hektar. Terdapat lebih dari 300 Pulau yang mana terhasil apabila tanah tinggi yang tidak ditenggelami air seterusnya menjadi pulau.

Terdapat 30 anak sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 jenis spesis ikan. Tidak hairanlah Tasik Kenyir ini terkenal sebagai syurga kepada para pemancing-pemancing. bagi para pemancing mereka boleh sampai ke destinasi untuk memancing sama ada dengan menaiki bot persendirian ataupun bot yang disewa dari tokang-tokang bot.

Tarikan pelancong ke sini juga adalah tawaran lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan pokok, dan 300 jenis kulat. Selain itu dikenalpasti lebih 800 spesis rama-rama, 370 jenis orkid, 1000 jenis burung dan 200 jenis haiwan ada di Tasik Kenyir ini.

Tasik ini terletak 65KM daripada Kuala Terengganu yang mana mengambil masa kira-kira 1 Jam untuk sampai di Pengkalan Gawi, pintu masuk ke Tasik Kenyir. Satu lagi pintu ialah Pengkalan Jenagor. Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki kenderaan persendirian, bas motor, kereta dan van.

Air terjun yang terkenal di Tasik kenyir ini ialah Air terjun Lasir yang mana kita akan kupas di Jom Mandi di Jom Terengganu.

Agensi yang bertnaggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) . Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Terengganu, Malaysia.
No Tel : 09-6267788
Email : tasikkenyir@netscape.net
Http://www.ketengah.gov.my/kenyir

Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media