
Berikut adalah keratan akhbar mengenai Monsun Cup 2010 yang bakal berlansung pada 30 November 2010 di Pulau Duyong, Terengganu.
Mirsky bawa hajat besar
PELAYAR Australia, Torvar Mirsky mahu menjadikan saingan Piala Monsun 2010 sebagai medan meraih gelaran Juara Perlumbaan Kapal Layar ISAF selepas sekadar menghuni tangga kedua ekoran keputusan tempat ketujuh di Terengganu, saingan terakhir siri perlumbaan dunia.
2010/07/23
Minoprio menewaskan pelayar dari Britain, Ben Aislie di final Piala Monsun 2009 untuk merampas gelaran dunia yang pertama buat dirinya. Pada tahun ini, dengan separuh daripada musim Kejohanan Perlumbaan Kapal Layar Dunia (WMRT) sudah berakhir, Mirsky dan pasukannya, Mirsky Racing Team, menduduki tempat kedua kutipan mata keseluruhan di belakang pelayar Perancis, Mathieu Richard. Richard mengumpul 77 mata - 17 mengatasi Mirsky manakala Minopro mengumpul 54 mata. Perlumbaan berikut adalah di St Moritz pada 31 Ogos hingga 5 September diikuti Piala Emas Argo Group di Bermuda (4 hingga 10 Oktober), Qingdao Match Cup (19 hingga 24 Oktober) sebelum saingan terakhir di Kuala Terengganu pada 30 November hingga 5 Disember.
“Memang terlalu mengecewakan apabila terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada tahun lalu dan saya berazam meraih keputusan baik tahun ini. Kini ramai nakhoda hebat bersaing merebut gelaran dunia,” katanya.
Mirsky dan krew utama, Kinley Fowler kini berada di Putrajaya menyertai program Sekolah Pelayaran Monsun yang akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, minggu depan.
Kongsikan Bersama
0 Komen:
Post a Comment