Showing posts with label Jom Rehat. Show all posts
Showing posts with label Jom Rehat. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

[Jom Rehat] Batu Burok Beach Resort


Destinasi : Batu Burok Beach Resort.


Ini adalah ringkasan dari pengalaman ku ketika mengikuti kursus LADAP di Batu Burok Beach Resort. Resort ini terletak di Kg Batu Burok yang mana berkedudukan di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Ia hanya 3KM dari Pusat Bandaraya menjadikan resort ini antara tempat tumpuan untuk pelancong asing dan pengunjung tempatan.

Kadar Bayaran untuk bilik ialah :

Standard or Deluxe with Breakfast
RM 129.00 nett
Junior Suite with Breakfast
RM 218.00 nett



Alamat Resort :
Batu Burok Beach Resort
906A Jln Pantai Batu Burok , 20400 Kuala Terengganu
No Telefon : 096221410 Fax : 096232904



Kongsikan Bersama

Friday, July 16, 2010

[Jom Rehat] Laguna Redang Island Resort

Destinasi : Laguna Redang Island Resort.


Resort ini terletak di Pulau Redang, Terengganu. Kedudukan resort ini menghadap pantai yang bersih memutih dengan pasir pantai yang halus, air yang jernih. Binaan resort ini adalah berunsurkan binaan Melayu dengan bangunan utama yang tersergam indah.


Di resort ini terdapat kolam renang dan jakuzi terbuka (Gambar). Kolam renang dibuka sehingga jam 7.00 sahaja. Pada sebelah malamnya resort ini menyediakan persembahan hiburan kepada pengunjung yang mana dihiburkan oleh kumpulan pemuzik dari Resort itu. Bilik di sini ada yang menghadap taman, menghadap kolam dan juga menghadap laut (sea view).

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah :
  • Menyelam (Diving)
  • Snorkeling
  • Memancing
  • Banana Boat
  • Kayak
  • Memanah
  • Bola Tampar Pantai
  • Jungle Trekking
  • Pool
  • Mengurut (Massage)
Untuk sampai ke sini :
Menaiki Bot/Feri dari Jeti di Bandaraya Kuala Terengganu (bersebelahan Taman Syahbandar/ Pasar Payang)

* Buat masa ini jetty di Merang tidak dapat digunakan lagi atas sebab tertentu.

Kadar Bayaran / Rate :
Bermula dari RM 368.00 - RM 658.00 [Senarai Penuh]


Sebarang Masalah Boleh menghubungi

KUALA LUMPUR OFFICE
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
11-B-1 Medan Imbi
Off Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-2141 1188 begin_of_the_skype_highlighting              +603-2141 1188      end_of_the_skype_highlighting
Fax:+603-2141 2333
Map to New KL Office




KUALA TERENGGANU OFFICE
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Malaysia
Tel: +609-631 0888
Fax: +609-631 3322


RESORT
Laguna Redang Island Resort
Pasir Panjang, Redang Island
Tel: +609-630 7888
Fax: +609-630 7878
Malaysia


LOGISTIC
Laguna Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Malaysia
H/p: 012-9888 907
Tel: +609-6310 888







Kongsikan Bersama


Tuesday, June 29, 2010

[Jom Rehat] Hotel Grand Continental

Destinasi : Hotel Grand Continental.

Hotel yang menghadap laut semestinya menjadi pilihan pelancong ataupun pengunjung yang berkunjung ke Terengganu. Dengan disajikan pemandangan membiru yang indah melapangkan jiwa yang kusut dan menenangkan hati para pengunjung. Hotel Bertaraf 4 Bintang ini mungkin sekali menjadi pilihan disebabkan faktor kedudukannya yang menghadap laut dan juga ia berhampiran dengan pusat Bandaraya Kuala Terengganu.

Kadar penginapan serendah Rm160 hingga Rm731 merupakan salah satu kelebihan dalam menarik para pelanggan ke hotel ini.

Kadar Bayaran [klik untuk besarkan]


Kongsikan Bersama


Saturday, June 19, 2010

[Jom Rehat] RI-YAZ HERITAGE


Sebuah lagi resort&spa yang tidak asing di Terengganu yang mana terletak di Pulau Duyong , Kuala Terengganu. Menawarkan percutian bertaraf 5 Bintang, resort ini menawarkan suasana yang menarik dan tenang dengan kemudahan menarik untuk pelayar.


Kadar bayaran bilik untuk resort ini agak menarik dan ia adalah seperti yang tertera di bawah:

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti

  • Memancing
  • Bersukan
  • Bersenam
  • Permainan Pantai
  • Berbasikal

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi ke : Riyaz Official Site





Kongsikan Bersama


Thursday, June 17, 2010

[Jom Rehat] Aryani Resort

Destinasi : Aryani Resort.

Terletak di Daerah Setiu berhadapan dengan Taman Laut Redang Malaysia, Aryani Resort merupakan satu nama yang besar dalam menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan 20 unit villa yang eksekutif dan persendirian, resort ini mampu menarik ramai pengunjung untuk menginap di sini. Keadaan pantai di sini yang memutih dan jauh dari kesibukan menjadikan ia aset yang penting.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah Berbasikal, Bermain Golf, Snorkelling dan Diving (Menyelam), Memancing, dan SPA yang menghadap Laut China Selatan. Untuk mereka yang ingin menikmati hidangan semasa bercuti di sini, terdapat 3 pilihan untuk di pilih iaitu "The Serai" -Restoran Terbuka , "The Hikayat"- Tempat Makan berhawa dingin dan "Pulau" Tempat makan di Menhadap Pantai.

Untuk Rate/Kadar Bayaran Bilik Klik Sini

Sebarang petanyaan boleh hubungi :

Aryani Resort Sdn Bhd (co no 312749-D)
Jalan Rhu Tapai – Merang,
Setiu 21010 Terengganu, Malaysia
Tel: +60 9 653 2111 begin_of_the_skype_highlighting              +60 9 653 2111      end_of_the_skype_highlighting / 1003 / 1006 / 2004 / 2005
Fax: + 60 9 653 1007
Email: aryani@tm.net.my


Kongsikan Bersama


Wednesday, June 16, 2010

[Jom Rehat] Ulek Beach Resort

Destinasi : Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort merupakan sebuah lagi resort di Daerah Dungun yang terletak berdekatan dengan Bandar Dungun. Menghadap Laut China Selatan, resort ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan ketenangan.

Binaan chaletnya yang dibina dari kayu menjadikan pemandangan di resort ini nampak tradisional. Kemudahan atau perkhidmatan seperti urutan tradisional, Pengangkutan dari lapangan terbang, Perkhidmatan bilik, bilik mesyuarat, internet dan banyak lagi ada disediakan di Resort ini.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan jika menginap di sini ialah, Menyelam dan Snorkeling di Pulau Tenggol. Aktiviti air seperti memancing, bermain jet skit, dan berkayak. Seterusnya Jungle Trekking di Hutan Bukit Bauk.

Kadar bayaran pula :: Untuk Deluxe : RM 218.00++ Suite : 488.00++

Ini merupakan lokasi resort tersebut :

Melalui Jalan Raya
Kuala Lumpur - UIek Beach Resort
Kuantan - UIek Beach Resort
Kemaman - UIek Beach resort
Kerteh - UIek Beach Resort
Paka - UIek Beach Resort
Kuala Terengganu - UIek Beach Resort
Ipoh - UIek Beach Resort
Penang - UIek Beach Resort
Singapore - UIek Beach Resort


380 km

141 km

70 km

40 km

24 km

76 km

320 km

450 km

450 km



Melalui Udara
Fire Fly


Malaysia Airline System (MAS)

Air Asia


ULEK BEACH RESORT
JALAN PANTAI
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN

TERENGGANU, MALAYSIA

Website : Ulek Beach Resort
TEL : +6098481100 begin_of_the_skype_highlighting              +6098481100      end_of_the_skype_highlighting
FAX : +6098482200
E MAIL : info@ulekbeachresort.com


- Subang - Kerteh Airport
- Subang - KT Sultan Mahmud Airport
- KLIA - KT Sultan Mahmud Airport
- LCCT - KT Sultan Mahmud Airport





View Larger Map





Kongsikan Bersama


Thursday, June 10, 2010

[Jom Rehat] Awana Kijal Resort

Destinasi : Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort

Dengan keindahan pantai sejauh 7.6KM yang terbentang dengan ketenangan ombak memukul pantai, destiansi sebegini boleh dihayati di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Terletak di Daerah Kemaman, resort ini antara resort yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara. 20KM dari Bandar Chukai Kemaman, dan 140KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Kadar Bayaran sewa untuk bilik di resort ini adalah antara RM300 - RM1300 semalaman. Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah, Kemudahan Bersenam, Kolam Renang, Gelanggang Tenis, Bilik Mesyuarat, dan Gerai Menjual Barangan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Resort ini adalah seperti :
  • Bersenam
  • Bermain Snuker
  • Memanah
  • Berenang
  • Berjakuzi
  • Mandi Sauna
  • Scuba dan Snorkelling
  • Berkhemah
  • Bersantai dengan berbasikal
  • Melihat Penyu Bertelur
  • Ke Pasar Malam
  • Melihat Kunang-kunang




View Larger Map


Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188 begin_of_the_skype_highlighting              (609) 864 1188      end_of_the_skype_highlighting
Facsimile: (609) 864 1688



Kongsikan Bersama


Saturday, May 29, 2010

[Jom Rehat] Sumai Hotel

Destinasi : Sumai Hotel

Hotel Sumai terletak di Daerah Kuala Terengganu. Kedudukannya yang berada di dalam Bandaraya Kuala Terengganu menjadikannya antara Hotel pilihan pengunjung yang berkunjung.
Harga serendah RM 120-RM190 semalaman merupakan kekuatan untuk menarik pengunjung. Selain dari itu di sini aktiviti yang kebiasaaan dijalankan ialah Seminar, Seminar Korporat, Seminar Kerajaan, dan juga Kursus kepada pelajar-pelajar.

Penginapan disini lebih kepada Apartment. Jadi tidak hairanlah kenapa Hotel ini menjadi tumpuan kepada pelajar-pelajar untuk membuat kem seperti Kem PMR, UPSR dan SPM.


Sumai Suite Hotel
Lot 4479 Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email: sales@sumaisuite.com / reservation@sumaisuite.com
Tel: 09-631 0099
Fax: 09-626 2099


Sunday, May 16, 2010

[Jom Rehat] Sutra Beach Resort & Spa

Destinasi : Sutra Beach Resort & Spa

Terletak di Kampung Rhu Tapai di Daerah Setiu, Terengganu. Nama yang cukup tidak asing bagi pengunjung dari Terengganu mahupunh luar. Resort ini terletak 35 KM dari Kuala Terengganu kira-kira 40 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan 25 Minit dari lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Di resort ini terdapat 48 Bilik Standard (RM 200.00 nett) yang mana menghadap taman dan kolam renang, manakala 68 Bilik Deluxe (RM 230.00 nett) yang mana menghadap taman dan laut membiru. Manakla 4 Suite (RM 750.00 nett) yang menghadap laut dan kolam.


Antara Kemudahan yang ada disini ialah Kemudahan Mesyuarat iaitu disediakan 5 Bilik Mesyuarat berlainan kapasiti. Perkhidmatan SPA juga disediakan disini yang mana beroperasi dari Jam 9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang. Selain itu juga terdapat kemudahan untuk rekreasi, kemudahan internet, kolam renang, khidmat perubatan dan banyak lagi.


Untuk Maklumat Lanjut layari Sutra Beach Resort&Spa

Monday, May 3, 2010

[Jom Rehat] Hotel Permai Inn

Destinasi : Hotel Permai Inn

Kedudukan hotel ini ialah terletak di Batu Burok, Kuala Terengganu. Hotelini bertaraf 3 Bintang dengan mempunyai 220 buah bilik dari jenis Deluxe, Executive, Family and Executive Deluxe. Dari hotel ini anda hanya perlu berjalan beberapa minit sahaja untuk sampai ke Pantai Batu Burok yang mana antara pantai yang terkenal di Terengganu.

Antara aktiviti dan kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah seperti cafe, kolam renang, laundry, pusat perniagaan, peti simpanan, gymnasium, parking bawah tanah, Bilik Mesyuarat.

Berikut adalah kadar bayaran untuk bilik di hotel ini.

2010 Room Rates ~ valid till 31st March 2011 (room per night)

Room Category

Normal Season Rates (RM) Nett

Peak Season Rates (RM) Nett

Standard Room

RM 180 nett

RM 210 nett

Superior/Executive Room

RM 240 nett

RM 270 nett

Family Room

RM 250 nett

RM 280 nett

Executive Deluxe Room

RM 280 nett

RM 310 nett

Executive Suite

RM 550 nett

RM 580 nett

Premier Suite

RM 750 nett

RM 780 nett

Extra Bed

RM 55 nett

RM 55 nett


Hubungi :
Permai Inn Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu

09-622 2122

http://www.permaiinnkt.com.my/
Kongsikan Bersama


Friday, April 9, 2010

[Jom Rehat] Hotel Felda Residense

Destinasi : Hotel Felda Residense

Terletak di Bandaraya Kuala Terengganu, dari jauh anda akan dapat menangkap imej bangunan ini yang menghadap muara sungai Terengganu dan Laut China Selatan. Lokasi hotel yang strategik menjadikan hotel ini pilihan pengunjung atau pelancong untuk menginap di hotel ini. Rata-rata yang mengunjung hotel ini berpuas hati dengan bilik yang ditawarkan.

Dari hotel ini pelancong akan lebih mudah untuk mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Kg Cina, Kerepok Losong, Muzium Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Keadaan persekitaran yang agak meriah tidak akan membuatkan pengunjung bosan dan berpuas hati.

Pakej Bilik adalah seperti berikut :

Room Category Rate
Deluxe RM300 Nett
Premier Deluxe RM400 Nett
Suite RM800 Nett
Executive Suite RM1200 Nett
Premier Suite RM1600 Nett

Hubungi:

FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU
Jalan Hiliran
21400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia
Tel: (6)09-6321111
Fax: (6)09-6321122

Laman Web : Felda Residense
Email: reservation.frkt@felda.net.my

KUALA LUMPUR SALES OFFICE
Felda Travel Sdn Bhd
No. 2, Jalan Maktab 6, Anjung Felda
54000 Kuala Lumpur
Tel: (6)03-2697 9772
Fax: (6)03-2694 5104
Email: resorts.prsb@felda.net.my

[Jom Rehat] Hotel Seri Malaysia

Destinasi : Hotel Seri Malaysia
Nama Hotel Seri Malaysia tidak perlu disebut lagi dikalangan kita. Ia tidak asing lagi sebagai salah satu tempat penginapan yang mempunyai rangkaian yang meluas di Malaysia. Terletak di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, ia pasti menjadi tumpuan kepada pengunjung dari luar untuk menginap. Perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan mengambil masa selama 20 Minit.

Dari hotel ini, antara tempat yang dekat dan senang dikunjungi ialah Pasar Payangm Pulau Duyong, Muzium Losong, Masjid Terapung, Keropok Lekor Losong dan Pantai Batu Burok.
Bagi Mereka yang berminat untuk menginap di hotel ini, berikut adalah butirannya : 

Hotel Seri Malaysia
Kuala Terengganu
Lot 1640, Jalan Hiliran,
(Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
Tel : 09-623 6454
Fax: 09-623 8344
Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media