Friday, April 9, 2010

[Jom Lawat] Pantai Chendering

Destinasi : Pantai Chendering.

Terletak kira-kira 6KM dari Kuala Terengganu, ianya juga merupakan kawasan kampung nelayan. Di sini terdapat jeti di mana tempat kapal-kapal nelayan tak kira nelayan kecil dan nelayan laut dalam berlabuh.

Pantai ini juga mempunyai pantai yang landai membolehkan aktiviti mandi manda dijalankan di sini. Ada juga yang mengambil kesempatan dicuti hujung minggu dan di waktu petang untuk berkelah dan berkhemah di pantai ini. bagi mereka yang suka memancing, mereka boleh melepaskan gian mereka di sini.Permandangan pantai ini juga cantik dan menarik.

Untuk sampai ke sini anda boleh menaiki sebarang kenderaan dari bas, kereta, motor atau basikal. dan perjalanan dari Bandaraya Kuala Terengganu ke sini mengambil masa 5-10 minit sahaja.

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media