Thursday, June 17, 2010

[Jom Selam] Pulau Gemia

Destinasi : Pulau Gemia

Pulau Gemia merupakan sebuah pulau persendirian yang mana hanya berkedudukan 800 Meter dari Pulau Kapas. Pulau ini memiliki pasir yang memutih , air yang jernih dan batu karang yang cantik dan menarik. Di pulau ini hanya terdapat dua buah resort iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.

Untuk tiba ke sini anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Jeti Marang. Jeti Marang merupakan jeti utama dan kebiasaan digunakan untuk pergi ke Pulau Gemia ini. Jika anda menggunakan kenderaan persendirian, anda boleh parking di tempat parking berbayar yang disediakan dengan kadar yang berpatutan iaitu sekitar RM 7 sehari. Dari jeti anda boleh menaiki bot dengan bayaran RM 25-RM40 bergantung kepada bot yang dipilih.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah, Scuba, Snorkelling dan Memancing. selain itu di resort Gem Wellness ini juga disediakan perkhidmatan mengurut dan terapi. Pengunjung juga dapat melihat haiwan-haiwan dan batu karang dengan jelas kerana airnya yang jernih.

Resort di Pulau ini
Gem Island Resort & Spa

Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media