Saturday, May 8, 2010

[Jom Makan] NR Cafe

Destinasi : NR Cafe.


Restoran ini terletak di Kampung Seberang Takir, berdekatan dengan simpang jalan masuk ke Jalan Lapangan Terbang. Dikenali bukan sahaja kerana keunikkan rekabentuknya yang berkonsepkan tradisional tetapi suasana yang tenang dan mendamaikan. Kunjungan penulis ke restoran ini berdasarkan pengalaman beberapa rakan yang telah betandang ke sini.


Suasana yang diterangi dengan lampu yang agak suram menjadikan ianya agak romantik dan bersifat persendirian. Namun bagi yang tidak meminati suasana yang suram ini ada kawasan yang agak cerah membolehkan anda memilih kerusi dan meja anda ketika bertandang ke sini.

Menu yang saya pilih yang utama ialah Siakap 3 Rasa. Ikan-ikan seperti gelama, kerapu talapia juga ada di sini. Selain itu lauk sampingan pula ialah telur dadar, tomyam campur, dan ayam paprik. Air pula Jus Mempelam bersama pencuci mulut Aiskrim. Setelah selesai menikmati makanan saya sempat lagi meninjau persekitaran restoran ini. Harga makanan di sini berpatutan dan anda patut singgah untuk mencuba. Waktu perniagaan ialah bermula jam 7 Petang sehingga 2 Pagi.


1 Komen:

tg mae said...

sedap nye...nyum nyum

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media