Monday, May 24, 2010

[Jom Lawat] Masjid Terapung

Destinasi : Masjid Terapung ( Masjid Tengku Tengah Zaharah)

Masjid Terapung merupakan antara tempat yang mesti dilawati jika berkunjung ke negeri Terengganu. Dibina berasaskan ilham dari Al Marhum Sultan Mahmud Al- Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah nama Masjid ini diambil sempena nama nama ibunda baginda, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Kedudukan masjid ini terletak di pinggir Kuala Terengganu iaitu Teluk Ibai kira-kira 5 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.


Kedudukan masjid yang berdekatan dengan pantai membolehkan anda menyedut udara segar sambil menghadap Laut China Selatan. Masjid ini yang berwarna putih strukturnya mempunyai senibina yang pasti mengasyikkan dan tentu sekali pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat di dalam masjid ini. Di pintu masuk terdapat pintu gerbang seperti gambar di atas.

Gambar yang diambil penulis di waktu malam

Perjalanan ke sini akan mengambil masa 10 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu, yang mana kira 5 KM jaraknya. Terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang boleh membawa anda ke masjid ini.

Peta untuk ke Masjid Terapung :


View Terengganu in a larger map


Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media