Destinasi : Gerai Lemang Kijal.
Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kemaman, anda pasti tidak akan terlepas dari pemandangan ini. Pemandangan di tepi jalan utama ini pastinya mengajak anda untuk berhenti seketika meninjau apa yang ada di situ. Terkenal dengan nama Gerai Lemang Kijal lokasinya adalah di Daerah Kemaman. Hanya 20 Minit dari Bandar Kemaman anda pastikan menjumpai lokasi ini. Jika anda menuju ke Kemaman anda, deretan ini akan berada di sebelah kiri anda. Sebaliknya jika anda menuju ke Kuala Terengganu, anda akan menjumpai satu lagi deretan di sebelah kanan anda terlebih dahulu. Dengan bahasa mudahnya, terdapat dua lokasi deretan gerai dalam jarak yang berdekatan. Jika terlepas satu, masih ada lagi dihadapan satu lagi deretan gerai lemang.
Lemang merupakan menu utama di deretan gerai-gerai disini. Harga lemang sebatang kebiasaanya RM2-3 sebatang. Namun begitu terdapat juga jualan sampingan lain seperti satar, otak-otak dan pelbagai jenis asam@jeruk boleh di dapati di gerai-gerai di sini. Penulis Jom Terengganu amat gemarkan Jeruk Mempelam@Jeruk Pauh pedas sehinggakan sanggup membeli 1 atau 2 tabung untuk di bawa balik. Harga setabung jeruk biasanya sekita RM15-20 bergantung kepada kemahiran menawar anda.
Kongsikan Bersama
0 Komen:
Post a Comment