Bertemu lagi kita dengan salah sebuah pantai yang menarik di Terengganu yang mana menjadikan tumpuan pelancong datang ke Terengganu. Pantai ini terletak di Daerah Besut iaitu 19 KM daripada Bandar Jertih dan 4Km dar Pekan Besut.
Keindahan Panorama di Pantai ini sememangnya menarik dengan Pulau-pulau di sekitarnya, pantai yang landai, dan pemandangan dari atas bukit yang menarik . Kemudahan yang terdapat di sini ialah, kemudahan penginapan, tandas, pondok, gerai makanan.
Untuk sampai ke Pantai ini anda boleh menggunakan pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam. Dan untuk mencari pantai ini tidaklah sukar kerana terdapat papan tanda di sepanjang jalan menuju ke pantai ini.
Kongsikan Bersama
0 Komen:
Post a Comment