Jom Mandi !! ... Kali ini kita ke Daerah Besut, Terengganu lagi mendekati satu lagi keindahan alam flora dan fauna, dengan aliran air terjun yang jernih. Lata Belatan sebuah lokasi untuk rekreasi yang terletak 16KM dari Bandar Jerteh dan 100KM dari Bandaraya Kuala Terengganu. Ia juga terletak di di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang mana dibawah Pentadbiran Hutan Terengganu Utara. Masuk adalah percuma.
Aktiviti yang dijalankan di sini ialah Perkhemahan, Berkelah, Jungle Trekking dan Aktivti Mendaki Gunung Tebu yang mana di sini lah permulaan pendakian menawan Gunung Tebu.Kemudahan yang terdapat di sini ialah Gerai Makan, Tandas Awam, Surau, Pondok Rehat, Jambatan Gantung, Pondok Pengawal, dan Tapak Perkhemahan.
Kongsikan Bersama
1 Komen:
huh..dekt je ngn umh..;p best la jgk p sini..;p
Post a Comment