Destinasi : Hotel Grand Continental.Kadar penginapan serendah Rm160 hingga Rm731 merupakan salah satu kelebihan dalam menarik para pelanggan ke hotel ini.

| Jom Lawat | Jom Rehat | Jom Mandi | Jom Selam |
| >Tmn Syahbandar | >Sekayu | >Pulau Redang | |
| >P. Penerangan Penyu | >Hotel Grand Continental | >Lata Belatan | >Pulau Kapas |
| >Air Panas La | >Sutra Beach Resort | >Lata Tembakah | >Pulau Perhentian |
| > Tmn Tamadun Islam | >Aryani | >Belukar Bukit | >Pulau Tenggol |
| >Pantai Kemasik | >Sumai Hotel | >Taman Pertanian | >Pulau Pinang |
| >Muzium Losong | >Hotel Permai Inn | >Cemerong | >Pulau Bidong |
| Lagi.. | Lagi.. | Lagi.. | Lagi.. |
Destinasi : Hotel Grand Continental.
Destinasi : Pulau Kapas
Ini adalah Resort di Pulau Kapas :
Destinasi : Taman Istana Maziah. 

Destinasi : Pantai Batu Burok
Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah, beriadah seperti bermain bola sepak pantai, berkuda, berjoging. Di sini juga terdapat gerai menjual layang-layang untuk pengunjung yang ingin bermain kerana didorong oleh kawasan pantai ini yang sentiasa berangin. Harga untuk layang-layang ini adalah antara RM8-15 bergantung kepada saiz dan coraknya.
Pengunjung yang ingin merasa makanan laut bercelup tepung dan keropok lekor boleh mendapatkannya di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang pantai ini dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang pelbagai. Selain itu di kawasan ini juga terdapat 2 restoran makanan segera iaitu KFC dan A&W yang beroperasi sejak sekian lama. Terdapat sebuah dataran di pantai ini yang mana tempat dilangsungkan aktiviti seperti Pameran, Expo, Jualan dan Karnival. |Klik Batu Burok&Dodge Ball|
Perjalanan ke sini boleh menggunakan Teksi dengan bayaran antara RM5-10 dan bas dari pusat bandar. Bagi mereka yang mempunyai kendaraan sendiri luangkan masa anda menghirup udara nyaman dan pemandangan indah di Pantai Batu Burok.
Destinasi : Kampung Cina
Sejarah kampung ini, pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau ini pada abad ke 18. Ia menyimpan pelbagai warisan bersejarah termasuk deretan bangunan tua yang berseni. Atas dasar itu Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng berkata, pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini.
Tidak lengkap anda singgah ke Pasar Payang tanpa singgah di destinasi bersebelahannya iaitu Bukit Puteri.Kedudukannya terletak di muara Sungai Terengganu menghadap Laut China Selatan. Keluasannya meliputi 658 hektar dan ketinggian di anggarkan 200M dari aras laut. Dijadikan sebagai kubu pertahan sekitar 1831 sebagai pertahan melawan musuh.
Pemandangan dari atas bukit
Pulau Redang merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia pelancongan ini. Nama yang begitu tersohor hingga ke pelusuk dunia pastinya mempunyai satu kekuatan yang luar biasa bukan sekadar omongan sahaja. Merupakan pulau terbesar di antara pulau-pulau di Terengganu pulau ini terletak 45 KM dari Kuala Terengganu. Sekali pandang pastinya pelancong@pengunjung akan kepukau akan keindahan pulau ini.
Pulau Redang ini dikelilingi dengan 9 buah pulau lain iaitu Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Kehidupan laut yang pelbagai dengan perlbagai jenis spesis ikan, terumbu karang, dan penyu bukanlah suatu perkara yang anda patut lupakan semasa mengunjungi ke pulau ini.
Jika anda ingin berkunjung ke pulau ini pastikan anda menempah tiket bot dan penginapan lebih awal terutamanya ketika musim puncak iaitu cuti sekolah dan cuti am.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah Berbasikal, Bermain Golf, Snorkelling dan Diving (Menyelam), Memancing, dan SPA yang menghadap Laut China Selatan. Untuk mereka yang ingin menikmati hidangan semasa bercuti di sini, terdapat 3 pilihan untuk di pilih iaitu "The Serai" -Restoran Terbuka , "The Hikayat"- Tempat Makan berhawa dingin dan "Pulau" Tempat makan di Menhadap Pantai.
Untuk Rate/Kadar Bayaran Bilik Klik Sini
Destinasi : Air Terjun Chemerong
Ekspedisi dua puncak
Oleh ASRUL EFFENDI ABIDINDalam masa dua hari ekspedisi Gunung Berembun turut menjejaki Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lasir.
PESERTA ekspedisi berehat seketika di Lata Chemerong.
PERMINTAAN rakan-rakan mengajak saya mengetuai eksepedisi menawan dua puncak di Dungun, Terengganu sukar untuk di tolak meskipun ia pernah dijejaki sebelum ini.
Kami memutuskan untuk mendaki gunung tersebut sekali gus menjejaki Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lasir di kawasan yang sama dalam masa dua hari sahaja.
Destinasi pertama kami ialah Hutan Lipur Air Terjun Chemerong. Kami mula mendaki pada pukul 9.50 pagi.
Setengah jam mendaki laluan yang mendatar, kami menyeberangi satu jambatan gantung. Setelah itu, laluan semakin sukar dan setengah jam kemudian, kami sampai ke kaki Air Terjun Chemerong. Setelah berehat selama 30 minit, kami terus mendaki untuk melihat pemandangan dari atas air terjun sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Chemerong.
Air Terjun ChemerongKami menempuh laluan mencanak ini selama dua jam setengah dan pada pukul 1.30 tengahari, kami sampai di kawasan mendatar yang begitu hampir dengan kawasan Air Terjun Chemerong di bahagian atas.
Selesai makan, kami bergerak ke Kem Balak untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Dari Kem Balak kami terus bergerak ke Kem Y.
Destinasi seterusnya ialah puncak Gunung Berembun. Perjalanan ke puncak Berembun menjadi sukar apabila kami mula mendaki bukit yang mencanak.
SPESIES orkid arundina graminfolia.
Pendakian ke puncak Berembun Kecil diteruskan. Berembun Kecil adalah puncak gunung yang terletak bersebelahan dengan Gunung Berembun.
Melepasi puncak Berembun Kecil, kami mula menuruni gunung tersebut dan menuju ke lembah.
Di sini terdapat sungai kecil yang merupakan sumber air terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Berembun. Ketika mula mendaki ke puncak gunung tersebut, kami melalui satu kawasan taman bonsai yang cantik.
Pokok-pokok bonsai ini berketinggian sehingga tiga meter dan tumbuh melata di kawasan tersebut. Mata saya meliar memerhatikan kiri dan kanan laluan untuk mencari satu spesies orkid yang hampir pupus iaitu Paphiopedilum barbatum.
Kami menemui spesies itu di kawasan Taman Bonsai.
Setelah itu, kami mula bergerak ke puncak Gunung Berembun.
Air Terjun Lasir Destinasi kami seterusnya adalah puncak Air Terjun Lasir.
Lazimnya ekspedisi yang memakan masa tiga hari, pendaki akan berkhemah di Kem Y pada hari pertama manakala hari kedua, mereka akan berkhemah di puncak Air Terjun Lasir. Pada ekspedisi ini kami bermalam di puncak Air Terjun Lasir.
BAWAH: Menuruni lembah dan menyeberangi Sungai Banggang.
Berbekalkan lampu suluh, kami meredah kegelapan malam untuk sampai ke puncak Air Terjun Lasir.
Untuk sampai ke puncak Air Terjun Lasir, kami perlu menyeberangi sungai berkenaan.
Tidak lama kemudian, kami sampai di Lesung Batu. Lokasi ini adalah permulaan air terjun bagi Sungai Lasir.
Memandangkan tapak perkhemahan Air Terjun Lasir sudah dekat, kami tidak menunggu lama di situ. Kami terus bergerak ke tapak perkhemahan.
Selesai makan malam, kami memasang buai rajut. Sedang leka memasang buai rajut, angin mula bertiup kencang dan diikuti hujan yang lebat.
PEMANDANGAN indah Air Terjun Chemerong.
Nasib kami agak baik kerana hujan yang turun tidak sampai 15 minit dan kami berdua terus memasang buai rajut.
Mandi di Lesung BatuKeesokan hari, kami mendaki ke Lesung Batu untuk mandi-manda dan selesai sarapan, kami semua berkemas dan mula bergerak keluar dari tapak perkhemahan.
Laluan yang kami ambil kali ini adalah laluan jalan pintas menuju ke Kem Balak. Di laluan ini, kami tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai, Berembun Kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, kami mula menuruni lembah dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Banggang.
Hampir satu jam menghabiskan masa barulah kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Chemerong.
Laluan ke puncak ini agak tertutup berikutan jarang pendaki masuk ke sana. Di puncaknya pula tiada apa yang begitu menarik, hanyalah sekadar satu kawasan puncak yang kecil tanpa tapak perkhemahan dan tiada pemandangan indah dapat dirakamkan. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Balak.
Tepat pukul 2.30 petang, kami sampai di Kem Balak. Sejam kemudian perjalanan diteruskan. Malam itu kami makan malam beramai-ramai di Bandar Muktafi Billah Shah sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.
Mereka yang berminat menyertai ekspedisi ini boleh menghubungi talian 019-2361 257.
Suasana di sekitar air terjun ini sangat menyegarkan, selain pandangan mata yang pastinya akan medongak ke atas melihat air terjun. Dalam pejalanan anda ke air terjun ini mata anda pastinya akan menangkap dari jauh air terjun ini kerana, ia dapat dilihat dari atas jalan raya lagi menuju ke lokasi air terjun ini.
Aktiviti yang biasanya di buat di sini ialah mandi-manda, berkelah, berkhemah, mendaki, memancing dan beristirehat. Pastikan jika anda sampai di sini, mandi lah sepuas puasnya. Airnya yang sejuk lagi menyegarkan dan lokasi tempat mandinya yang banyak membolehkan anda menikmatinya sepuas puasnya.Antara kemudahan yang ada di sini ialah, Surau, Bilik Persalinan, Tandas Awam, Telefon dan Gerai menjual makanan. 
Untuk tiba ke sini anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Jeti Marang. Jeti Marang merupakan jeti utama dan kebiasaan digunakan untuk pergi ke Pulau Gemia ini. Jika anda menggunakan kenderaan persendirian, anda boleh parking di tempat parking berbayar yang disediakan dengan kadar yang berpatutan iaitu sekitar RM 7 sehari. Dari jeti anda boleh menaiki bot dengan bayaran RM 25-RM40 bergantung kepada bot yang dipilih.

| Abih | --> | Habis |
| Abih Reng | --> | Sehabis Tenaga |
| Acing Pering | --> | Hancing |
| Atu | --> | Hantu |
| Apah Nyor | --> | Hampas Nyior |
| Bowok | --> | Bawa |
| Bewok | --> | Biawak |
| Buak | --> | Buat |
