Wednesday, April 21, 2010

Besarnya Gelas!!

Destinasi : Seberang Takir

Uish...mungkin itulah ayat pertama keluar dari mulut pengunjung kedai air buah gelas besar yang terletak di Kg Serang Takir. Aku dan kawanku sempat meluangkan masa untuk ke kedai ini bagi mencuba lagi air buah gelas besar. Kalau tak silap pengiraanku, ini kali ke 5 aku ke kedai ini untuk menikmati air buah gelas besar ini.
Pelayan kedai mendekati sambil bertanya " Minum?". Hurm aku pun sambil memandang ke rak yang menempatkan gelas-gelas yang bersaiz istimewa itu terus berkata, "gelas saiz serdehana je lah kak, tak mboh(mahu) beso(besar2) kekgi(nanti) tak abih(habis)". "Makan?", Kakak tu bertanya lagi, "Laksa Terengganu la". Kemudian tidak lama kemudian air dan makanan ku sampai.
Huhu...habis tak ni...aku mula bertanding dengan kawanku, siapa paling cepat habis minum dia menang..ekeke...Pertandingan dimulakan, disebabkan air kegemaranku air mempelam, aku mendahului pertandingan. Dan kawanku masih tercari-cari rentak pertandingan. Namun akhirnya aku berjaya menghabiskan minuman dan makanan lebih cepat dari rakanku.

--------------------------------------------------
Peta Perjalanan Dari Kuala Terengganu :


Besarkan Peta

Sunday, April 18, 2010

[Jom Lawat] Pantai Tok Jembal

Destinasi : Pantai Tok Jembal

Salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipok yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman (UDM). Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini.
Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini.

Saturday, April 17, 2010

[Jom Makan] Otak-otak

Makanan : Otak-Otak.

Apabila dilihat dari segi bentuk luarannya, pasti ramai yang terkeliru akan Otak-otak dan Pulut Panggang. Ini kerana, kedua-duanya berbentuk memanjang dan dibalut daun dan kemudiannya di bakar. Beza antara pulut panggang dan otak-otak ialah, otak-otak tidak berasaskan pulut, manakala, pulut panggang ialah pulut yg berinti ikan yang dipanggang. Otak-otak pula ialah isi ikan yang digaul bersama campuran berempah termasuk bawang merah, santan, bawang putih serta kunyit dan serai.

Terdapat banyak variasi pembuatan otak-otak di Malaysia, namun begitu, otak-otak Terengganu yg berinti ikan tidak dapat ditandingi oleh negeri lain yang menggunakan udang ataupun sotong sebagai inti.

Terdapat beberapa tempat di Terengganu dimana Otak-otak boleh dibeli dengan mudah iatu :
Kuala Pengadang Baru Weekend Market (Tuesday)
Terengganu Panji Alam Weekend Market (Thursday)

Batu Burok Hawker Centre (Friday)

Pasar Payang Central Market

Cabang Tiga Market
Marang Kg. Kelulut Weekend Market (Saturday)
Dungun Kuala Dungun Weekend Market (Thursday)
Kemaman Kerteh (Tuesday), Kemasik (Sunday, Wednesday), s s sChukai (Tuesday)

Alongside Geliga Beach


[Jom Lawat&Makan] Pantai Mengabang Telipot

Destinasi : Pantai Mengabang Telipot.

Sebuah lagi pantai di Kuala Terengganu. Lokasinya terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini.

Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung,Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini. Cara pemakanan yang menggunakan "colek" atau sos lebih popular di Terengganu dengan ramuan sendiri tidak sama dengan sos yang ada dijual di kedai-kedai. Harga untuk sepinggan sotong adalah linkungan 8-9 Ringgit, bagi ketam pula mengikut saiz lingkungan RM5 seekorbagi saiz ketam yang agak besar. ABC di dalam gambar di atas adalah berharga Rm1.50 sahaja.

Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan. Anda boleh melihat deretan bot nelayan di pesisir pantai ini.

Gambar deretan bot


Para Nelayan Membetulkan Pukat

[Jom Lawat] Santuari Ikan Kelah

Destinasi : Santuari Ikan Kelah

Santuari ini terletak di Tasik Kenyir iaitu di Daerah Setiu. ia berada di Sungai Petang kira-kira 21KM dari Pengkalan Gawi. Perjalanan ke sini mengambil masa kira 30 minit-40 minit dengan menaiki bot laju. Di sini juga terdapat perlbagai spesis ikan lain yang anda akan jumpa dalam perjalanan menuju ke Sungai petang ini.



Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media