Wednesday, June 16, 2010

[Jom Lawat] Air Panas La

Destinasi : Air Panas La.

Lokasinya terletak di daerah Besut, Terengganu. Namanya diberi kerana terletak di Kampung La. Untuk sampai ke tempat ini, anda boleh menggunakan kereta atau bas mahupun motorsikal. Ini kerana kemudahan jalan raya telah disediakan dan dalam keadaan baik. Jalan masuk ke ke Air Panas ini boleh dimulakan melalui Bandar Jerteh. Perjalanan sejauh 28KM dari Bandar Jerteh pasti tidak bosan kerana anda disajikan pemandangan menghijau di sepanjang perjalanan anda ke sana.

Air Panas mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan. Ia dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti penyakit kulit, lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kaedah rawatan yang biasa dilakukan jika anda di kolam air panas ini ialah merendam kaki ke dalam kolam. Terdapat dua tempat berasingan disediakan kepada pengunjung yang dapat bagi merasa kehangatan kolam air panans ini. Kolam khas yang disediakan jika pengunjung yang datang terlalu ramai. Kolam khas untuk wanita juga disediakan dan tempatnya adalah tertutup. Manakala bagi pengunjung lelaki adalah dalam keadaaan terbuka.

Sedikit fakta mengenai Kolam air panas ini ialah, air hangat yang mengalir mengandungi kimia Sulfur atau lebih dikenali dengan nama belerang dengan kehangatannya mencecah 49 Darjah celcius. Kemudahan lain seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang ingin beriadah, di sini juga terdapat alur sungai kecil dengan air yang jernih yang mana sesuai untuk bermandi manda.


Kongsikan Bersama


[Jom Rehat] Ulek Beach Resort

Destinasi : Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort merupakan sebuah lagi resort di Daerah Dungun yang terletak berdekatan dengan Bandar Dungun. Menghadap Laut China Selatan, resort ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan ketenangan.

Binaan chaletnya yang dibina dari kayu menjadikan pemandangan di resort ini nampak tradisional. Kemudahan atau perkhidmatan seperti urutan tradisional, Pengangkutan dari lapangan terbang, Perkhidmatan bilik, bilik mesyuarat, internet dan banyak lagi ada disediakan di Resort ini.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan jika menginap di sini ialah, Menyelam dan Snorkeling di Pulau Tenggol. Aktiviti air seperti memancing, bermain jet skit, dan berkayak. Seterusnya Jungle Trekking di Hutan Bukit Bauk.

Kadar bayaran pula :: Untuk Deluxe : RM 218.00++ Suite : 488.00++

Ini merupakan lokasi resort tersebut :

Melalui Jalan Raya
Kuala Lumpur - UIek Beach Resort
Kuantan - UIek Beach Resort
Kemaman - UIek Beach resort
Kerteh - UIek Beach Resort
Paka - UIek Beach Resort
Kuala Terengganu - UIek Beach Resort
Ipoh - UIek Beach Resort
Penang - UIek Beach Resort
Singapore - UIek Beach Resort


380 km

141 km

70 km

40 km

24 km

76 km

320 km

450 km

450 km



Melalui Udara
Fire Fly


Malaysia Airline System (MAS)

Air Asia


ULEK BEACH RESORT
JALAN PANTAI
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN

TERENGGANU, MALAYSIA

Website : Ulek Beach Resort
TEL : +6098481100 begin_of_the_skype_highlighting              +6098481100      end_of_the_skype_highlighting
FAX : +6098482200
E MAIL : info@ulekbeachresort.com


- Subang - Kerteh Airport
- Subang - KT Sultan Mahmud Airport
- KLIA - KT Sultan Mahmud Airport
- LCCT - KT Sultan Mahmud Airport





View Larger Map





Kongsikan Bersama


[Jom Lawat] Zoo Mini Kemaman

Destinasi : Zoo Mini Kemaman

Dibuka pada tahun 2009, Zoo ini merupakan zoo pertama di Negeri Terengganu. Zoo ini terletak di Daerah Kemaman di Kampung Ibok. Ia terdiri daripada hasil gabungan kawasan pameran spesies haiwan, taman rekreasi air, taman tema dan kebun buah-buahan. Dan lokasi zoo ini juga merupakan habitat semulajadi kunang-kunang yang terbesar di Pantai Timur.
Dengan keluasan tanah sebesar 54 hektar, zoo ini mampu menjadi tarikan utama dan menarik pelancong seterusnya memangkin pembangunan ekonomi di Negeri Terengganu Darul Iman. Kawasan kunang-kunang di Kg Yah Yah merupakan kawasan yang bersempadanan dengan zoo ini. Di zoo ini antara haiwan yang dipamerkan adalah seperti Harimau, Rusa, Gajah, Burung Merak, dan 100 spesies haiwan lain.

Selain daripada itu, tarikan juga tertumpu pada taman tema air yang berkonsepkan rekreasi hutan, aktiviti mandi manda juga boleh dilakukan di sini. Selain itu juga aktiviti yang agak asing yang hanya terdapat di zoo ini dan tidak terdapat di zoo lain di negara ini ialah aktiviti menunggang gajah.



Di pusat rekreasi pula terdapat beberapa taman tema iaitu taman herba taman tropika, taman buah-buahan, taman orkid, taman bonsai, taman akuatik dan taman pokok hutan. Jika kene pada musimnya, pengunjung dapat merasai buah buahan dari taman ini seperti duku, manggis dan durian.


Kemudahan pengangkutan di Zoo ini ialah :

Bas 2 Kali sehari iaitu pada pukul 12 Tengahari dan 4 Petang dari stesen bas Chukai melalui Centre Point (KCP). Terdapat tempat parking kenderaan disediakan di hadapan zoo ini.

Bayaran Masuk :
  • RM 15 Pelancong Asing
  • RM10 Dewasa
  • RM 5 kanak-kanak
  • RM 3 Pasukan Seragam Sekolah

Kongsikan Bersama


Thursday, June 10, 2010

[Jom Makan] Nasi Kerabu

Makanan : Nasi Kerabu.



Jika ke Terengganu, jangan lupa untuk makan Nasi Kerabu. Antara istimewanya Nasi Kerabu bukan sahaja pada nasinya yang berwarna biru, malahan hidangan ini adalah hidangan yg lengkap dengan keperluan zat tubuh badan manusia. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Nasi Kerabu meliputi keperluan karbohidrat, protein, serat dan sumber-sumber lain yang diperlukan oleh badan.

Nasi Kerabu biasanya dimakan dengan ikan kering ataupun ayam goreng, keropok, budu serta ulam-ulaman.Nasi Kerabu boleh didapati dengan mudah di pasar malam dan juga restoran. Kebiasaannya, nasi kerabu dimakan pada waktu pagi.

Kongsikan Bersama


[Jom Rehat] Awana Kijal Resort

Destinasi : Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort

Dengan keindahan pantai sejauh 7.6KM yang terbentang dengan ketenangan ombak memukul pantai, destiansi sebegini boleh dihayati di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Terletak di Daerah Kemaman, resort ini antara resort yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara. 20KM dari Bandar Chukai Kemaman, dan 140KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Kadar Bayaran sewa untuk bilik di resort ini adalah antara RM300 - RM1300 semalaman. Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah, Kemudahan Bersenam, Kolam Renang, Gelanggang Tenis, Bilik Mesyuarat, dan Gerai Menjual Barangan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Resort ini adalah seperti :
  • Bersenam
  • Bermain Snuker
  • Memanah
  • Berenang
  • Berjakuzi
  • Mandi Sauna
  • Scuba dan Snorkelling
  • Berkhemah
  • Bersantai dengan berbasikal
  • Melihat Penyu Bertelur
  • Ke Pasar Malam
  • Melihat Kunang-kunang




View Larger Map


Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188 begin_of_the_skype_highlighting              (609) 864 1188      end_of_the_skype_highlighting
Facsimile: (609) 864 1688



Kongsikan Bersama


Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media