Saturday, October 16, 2010

Karnival GP Joran 2010 Oktober

Karnival GP Joran 2010 Oktober

DUNGUN: Anjakan sehari daripada tarikh awal penganjuran pusingan akhir Karnival GP Joran 2010 nyata mempengaruhi kehadiran lebih ramai kaki pancing selain peserta setia ke sini, minggu lalu.

Keputusan menukar tarikh 8 dan 9 Oktober kepada 9 dan 10 Oktober memberi peluang lebih ramai pemancing di luar Terengganu untuk mengambil bahagian terutama saingan Kategori Pantai.
Bagi Kategori Laut, kalau dulu purata 50 hingga 55 bot digunakan untuk membawa kaki pancing beradu kepakaran di sekitar Pulau Tenggol, tetapi minggu lalu menunjukkan peningkatan kepada 62 bot membabitkan kira-kira 600 peserta. Malah, ada di antara mereka adalah pemancing baru dan ini sekali gus menolak tanggapan bahawa Grand Slam GP Joran hanya untuk peserta yang berada dalam ranking.
Begitu juga pertandingan Kategori Pantai pada Ahad menarik hampir 600 pemancing memenuhi Pantai Teluk Lipat seperti dari Johor, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi di mana saja GP Joran dianjurkan.

Sepanjang 24 jam pertandingan Kategori Laut dilangsungkan, sebanyak 423 kilogram (kg) membabitkan 55 tangkapan dibawa ke meja penghakiman. Kalau sebelumnya spesies tenggiri memonopoli kedudukan penerima hadiah, tetapi pada pusingan akhuir kali ini memperlihatkan hasil tangkapan yang pelbagai.

Bermula tenggiri sebagai juara diikuti kerapu dan aruan tasik, serta disulami ikan merah, kakap merah, jenahak dan jemuduk. Ia membuktikan selain tenggiri, spesies lain mampu menempatkan peserta dalam senarai penerima hadiah sekali gus harapan peserta untuk melihat ikan plagik diturunkan taraf mata mungkin tidak kesampaian.

Memang benar tenggiri antara paling banyak didaratkan iaitu 23 tangkapan, namun spesies lain tidak kurang hebatnya seperti aruan tasik (lapan), kerapu dan ebek/cermin (lima), pari (empat), jenahak dan merah (tiga) serta masing-masing seekor bagi mayong, jemuduk, alu-alu dan belitung. Sebenarnya banyak tangkapan dinaikkan peserta tetapi mereka lebih suka menjadikannya lauk daripada membawa ke meja hakim.
Jumlah 423 kilogram tangkapan yang direkodkan itu membabitkan tenggiri seberat 121kg diikuti aruan tasik 113kg, pari bagi Kategori Khas (85kg), kerapu (24kg), ebek/cermin (19kg), ikan merah (18kg), jenahak (17kg), mayong (11kg), jemuduk (7kg), alu-alu (6kg dan 2kg belitung.

Bagi Kategori Pantai, sebanyak 118 tangkapan seberat 62.47kg dihantar ke meja hakim untuk diadili. Daripada jumlah itu, todak paling banyak didaratkan dengan 45 tangkapan, bagaimanapun pari paling menyerlah yang memberikan hadiah lumayan kepada peserta.

Diikuti ebek/cermin 16 ekor, ikan sebelah (15), kerapu (tujuh), kunyit (enam), gerut-gerut dan baju (lima), kitang, tetanda dan pari (tiga), jemuduk, kacang-kacang dan gerong (dua) serta masing-masing satu untuk ketuka, aruan tasik, ikan karang dan bulus. Tangkapan pari seberat 19.75 kg juga dicatatkan sebagai rekod terberat Kategori Pantai GP Joran sejak dianjurkan pada 1997.

Pusingan akhir Karnival GP Joran 2010 anjuran Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Dungun.

Perodua Sdn Bhd selaku penaja utama dan disokong oleh TCE Tackles Sdn Bhd, UFL Coleman, Padiberas Nasional (Bernas) Nestle/Maggi, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Gardenia, Boat Explorer Sdn Bhd, Noraini’s Cookies, Superbest Power dan Raudhah Herb.
Sumber


Karnival GP Joran 2010 bakal melabuhkan  tirainya dengan lokasi terakhir di Dungun, Terengganu. Hadiah lumayan yang dijanjikan menarik ribuan pemancing untuk menyertainya menjadikan suasana begitu hangat dan mendebarkan.


Kongsikan Bersama


1 Komen:

Juz Kozu on November 15, 2010 at 2:26 AM said...

Cubaan Memberi Komen

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media