Tuesday, October 12, 2010

[Jom Serbu] Di Sebalik Sua Rasa



Destinasi : Pulau Warisan, Kuala Terengganu
Tarikh : 8-9 Oktober 2010


Apa Cerita...: Sua Rasa terus meriah

Oleh SHA DILA HALID

2010/10/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KEMERIAHAN Karnival Sua Rasa TV9 yang dibawakan khas oleh Celcom kini kembali memeriahkan warga Terengganu pada 8 dan 9 Oktober 2010. Acara yang bakal diadakan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu yang sarat dengan unsur kesenian, kebudayaan dan makanan yang menjadi warisan negeri Terengganu ini pastinya memberi peluang kepada pelancong membeli-belah di Pasar Besar Payang dan berpeluang mengunjungi karnival Sua Rasa TV9 dan sekali gus menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan.


Karnival bermula seawal jam 8 pagi menerusi siaran langsung Warna-Warni Sua Rasa ini pasti meriah kerana ia turut membabitkan penjualan produk terbaru Celcom yang menjadi penaja utama, penjualan makanan kesihatan, promosi pelancongan, pendidikan dan banyak lagi seperti gerai Ibnu Khaldun, Khee San, Nestle, Silky Girl, Oriental, Air Asia, Tan Choong Motors, Kopi Kapal Api, D’Hatiku, Azmi Burger, Waimee Health, Wyeth, Pet Pet, First Grade Resources, IKIP College dan Keetha.

Sementara itu, adik-adik yang mengunjungi karnival ini dapat bergambar bersama maskot Upin & Ipin, Azzam dan Arill dari Idola Kecil 2 dan Fimie Don di samping menyertai pertandingan melukis, karaoke dan kuiz yang dapat menjana perkembangan minda.


Sementara itu, pada jam 8 malam 8 Oktober, pengunjung dapat menyaksikan rakaman Halaqah bersama ahli panel berpengalaman iaitu Ustaz Hanafi Abdul Malik, Pengerusi SIDIM, Ustaz Roslan Mohamed, pensyarah kanan dari Universiti Malaya dan dihoskan oleh Ustaz Shukri Yusof.

Kupasan topik menarik iaitu Dilema Dua Alam pasti menyemarakkan lagi sikap ingin tahu pengunjung di mana ia membincangkan kisah dilema manusia yang hidup di dua alam.

Mereka terperangkap di antara dua jantina dan harus berdepan pelbagai tohmahan masyarakat. Adakah mereka berperang untuk keinginan berubah serta kembali ke pangkal jalan atau tewas oleh keinginan kecenderungan jantina.

Kemeriahan ditambahkan lagi pada malam berikutnya dengan konsert Rentak Sua Rasa pada 9 Oktober jam 9 malam bersama hos ceria, Alif Satar. Antara artis terbabit adalah Jay Jay, Saleem Iklim, Yassin, Fiq (Mentor), Azzam (Idola Kecil 2) dan Arill (Idola Kecil 2) dan Mohammad (Mentor).

Bagi yang tidak dapat hadir ke karnival ini, jangan khuatir kerana TV9 akan menyiarkan perkembangan acara itu setiap pagi menerusi siaran langsung Warna-Warni Sua Rasa pada jam 8 pagi hingga 10 pagi dan Terkini Di Sua Rasa.

Ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan? Jangan lupa datang beramai-ramai ke Karnival Sua Rasa TV9 di Kuala Terengganu pada 8 dan 9 Oktober 2010. Jumpa di sana!





Kongsikan Bersama


0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media