Friday, April 16, 2010

[Jom Makan] Restoran Husna

Lokasi : Gong Pak Jin (Berdekatan Gong Badak, UMT, UDM, Wakaf Tengah)

Jika anda dalam perjalanan ke Kota Bharu atau ke Besut mahupun Setiu anda mungkin akan melalui Gong Badak atau lebih tepat Kg Gong Pak Jin. Salah satu kedai yang menjadi pilihanku untuk mencari air buah yang segar dan menyelerakan dan juga rojak buah yang bakal mencairkan air liur anda adalah di sebuah restoran yang diberi nama Restoran Husna. Di sini anda dapat menikmati makanan-makanan seperti restoran lain juga tetapi apa yang di"highlight" di sini ialah Air Buahnya dan Rojak buahnya.


Pusing-Pusing Kampung

Destinasi : Kg Fikri - Setiu

Petang ini aku akan pulang ke rumah nenek ku yang terletak di daerah Setiu, Kg Fikri. Dalam perjalanan pulang ke kampung. Sempat aku meng"snap" beberapa keping gambar untuk di masukkan ke dalam blog ini.

Pemandangan Senja di Kampung Fikri
Aku meluangkan masa pada sebelah petang untuk pusing-pusing (berjalan jalan) ke kampung bersebelahan bagi melihat perubahan yang berlaku. Dalam pusing-pusing, aku dapat melihat banyak perubahan yang berlaku di kampung ini dan kampung-kampung bersebelahan.

Gambar di atas ialah gambar kolam ikan yang diternak oleh penduduk tempatan. Gambar ini aku ambil di kampung sebelah, Kg Pengkalan Gelap. Terdapat lebih dari 10 penternak ikan di kawasan ini. Mereka menternak ikan seperti ikan kakap putih dan merah. Selain itu ada juga yang menternak udang.


Aku sempat mengambil beberapa keping gambar gelagat kera di kawasan ini. Kera-kera ini dilihat sedang bermain-main di atas jalan. Jalan ini adalah jalan yang kurang dilalui oleh kenderaan. Maka sesiapa yang melalui jalan ini mudah terserempak dengan hidupan ini.



[Jom Lawat] Jeti Kuala Setiu -Gong Batu-


Jeti Kuala Setiu merupakan salah satu destinasi yang terkenal di Terengganu. Ia terkenal sebagai tempat perkelahan dan syurga bagi kaki-kaki pancing. Terletak kira-kira 20KM dari Penarik dan 30KM dari Pekan Permaisuri tempat ini sememangnya menarik bagi aktiviti perkelahan dan memancing. Bagi mereka yang ingin berkelah ke seberang boleh mendapat khidmat bot laju dengan kadar bayaran yang berpatutan.


Pengunjung yang baru pulang dari berkelah

Tarikan lain di sini juga ialah penternakan ikan sangkar. Terdapat lebih dari sepuluh sangkar ikan yang diternak disini yang dijadikan sumber pendapatan bagi penduduk di kawasan ini. Selain itu juga terdapat projek dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dijalankan di sini berasaskan maritim.

Penternakan Ikan Sangkar

[Jom Lawat] Pantai Penarik

Lokasi ke Pantai Penarik

Pantai Penarik merupakan sebuah lagi lokasi yang anda patut lawati. Ia merupakan sebuah pantai di daerah setiu. Mempunyai pesisir pantai yang memanjang dan bentuk pantainya yang landai menjadikan pantai ini dijadikan persinggahan pengunjung bagi berkelah, berehat dan juga memancing.

Aktiviti utama penduduk disini adalah daripada laut. Nelayan merupakan pekerjaan utama penduduk di kawasan ini. Kawasan ini telah dipopularkan sebagai salah satu tempat rekreasi kepada pengunjung-pengunjung dari luar mahupun tempatan.


Pantai yang memutih pastinya mengamit perasaan pengunjung ke sini. Aktiviti yang boleh dilakukan ketika di pantai ini adalah memancing, berkelah dan beriadah. Dari sini juga anda dapat melihat pemandangan yang semestinya menarik dengan deretan pulau di lautan jelas memanggil anda untuk mengunjunginya. Antara pulau yang dapat dilihat dari pantai ini ialah, Pulau Redang, Pulau Bidong, dan Pulau Perhentian.

Jika anda lajakkan sedikit perjalan anda ke persimpangan Penarik yang mana terdapat deretan kedai dan sebuah masjid, anda berpeluang melihat bot-bot yang sedang mendaratkan hasil tangkapannya. Disini anda akan dapat melihat jeti tempat perhentian bot-bot nelayan.






Tuesday, April 13, 2010

[Jom Rehat] Kuala Terengganu

Hotel di Kuala Terengganu


Hotel Grand Continental


Primula Beach Resort

Hotel Seri Malaysia

Hotel Ming Star

Hotel Mid Town YT

Hotel
Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media