Pulau Pinang? Bukan terletak di utara tanah air tetapi terletak di Negeri Terengganu. Pulau ini merupakan Taman Laut Pulau Redang Malaysia. Ia merupakan salah sebuah antara gugusan pulau di Pulau Redang, Terengganu.
Dalam aktiviti utamanya iaitu Snorkeling, terdapat berbagai jenis spesis ikan yang dapat anda lihat di sini. Peralatan untuk snorkeling boleh didapati di resort penginapan anda dengan kadar sewa yang berpatutan.Pulau ini terkenal kerana merupakan salah satu destinasi untuk pelancong atau pengunjung melakukan aktiviti Snorkeling atau berkhemah. Di Pulau ini terdapat kemudahan seperti tempat Menginap, Tapat Perkhemahan, Tandas, Gerai, dan Pejabat Taman Laut. Untuk ke Taman Laut ini anda dikehendaki membayar RM 5 sebagai yuran masuk selaras sebagai sumbangan menjaga taman laut ini. Untuk mengambil gambar di dalam air bersama ikan-ikan bayaran sebanyak RM 5 dikenakan untuk setiap keping gambar.
View Larger Map
Kongsikan Bersama