Kadar penginapan serendah Rm160 hingga Rm731 merupakan salah satu kelebihan dalam menarik para pelanggan ke hotel ini.
Jom Lawat | Jom Rehat | Jom Mandi | Jom Selam |
>Tmn Syahbandar | >Sekayu | >Pulau Redang | |
>P. Penerangan Penyu | >Hotel Grand Continental | >Lata Belatan | >Pulau Kapas |
>Air Panas La | >Sutra Beach Resort | >Lata Tembakah | >Pulau Perhentian |
> Tmn Tamadun Islam | >Aryani | >Belukar Bukit | >Pulau Tenggol |
>Pantai Kemasik | >Sumai Hotel | >Taman Pertanian | >Pulau Pinang |
>Muzium Losong | >Hotel Permai Inn | >Cemerong | >Pulau Bidong |
Lagi.. | Lagi.. | Lagi.. | Lagi.. |
Ekspedisi dua puncak
Oleh ASRUL EFFENDI ABIDINDalam masa dua hari ekspedisi Gunung Berembun turut menjejaki Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lasir.
PERMINTAAN rakan-rakan mengajak saya mengetuai eksepedisi menawan dua puncak di Dungun, Terengganu sukar untuk di tolak meskipun ia pernah dijejaki sebelum ini.
Kami memutuskan untuk mendaki gunung tersebut sekali gus menjejaki Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lasir di kawasan yang sama dalam masa dua hari sahaja.
Destinasi pertama kami ialah Hutan Lipur Air Terjun Chemerong. Kami mula mendaki pada pukul 9.50 pagi.
Setengah jam mendaki laluan yang mendatar, kami menyeberangi satu jambatan gantung. Setelah itu, laluan semakin sukar dan setengah jam kemudian, kami sampai ke kaki Air Terjun Chemerong. Setelah berehat selama 30 minit, kami terus mendaki untuk melihat pemandangan dari atas air terjun sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Chemerong.
Air Terjun ChemerongKami menempuh laluan mencanak ini selama dua jam setengah dan pada pukul 1.30 tengahari, kami sampai di kawasan mendatar yang begitu hampir dengan kawasan Air Terjun Chemerong di bahagian atas.
Selesai makan, kami bergerak ke Kem Balak untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Dari Kem Balak kami terus bergerak ke Kem Y.
Destinasi seterusnya ialah puncak Gunung Berembun. Perjalanan ke puncak Berembun menjadi sukar apabila kami mula mendaki bukit yang mencanak.
Pendakian ke puncak Berembun Kecil diteruskan. Berembun Kecil adalah puncak gunung yang terletak bersebelahan dengan Gunung Berembun.
Melepasi puncak Berembun Kecil, kami mula menuruni gunung tersebut dan menuju ke lembah.
Di sini terdapat sungai kecil yang merupakan sumber air terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Berembun. Ketika mula mendaki ke puncak gunung tersebut, kami melalui satu kawasan taman bonsai yang cantik.
Pokok-pokok bonsai ini berketinggian sehingga tiga meter dan tumbuh melata di kawasan tersebut. Mata saya meliar memerhatikan kiri dan kanan laluan untuk mencari satu spesies orkid yang hampir pupus iaitu Paphiopedilum barbatum.
Kami menemui spesies itu di kawasan Taman Bonsai.
Setelah itu, kami mula bergerak ke puncak Gunung Berembun.
Air Terjun Lasir Destinasi kami seterusnya adalah puncak Air Terjun Lasir.
Lazimnya ekspedisi yang memakan masa tiga hari, pendaki akan berkhemah di Kem Y pada hari pertama manakala hari kedua, mereka akan berkhemah di puncak Air Terjun Lasir. Pada ekspedisi ini kami bermalam di puncak Air Terjun Lasir.
Berbekalkan lampu suluh, kami meredah kegelapan malam untuk sampai ke puncak Air Terjun Lasir.
Untuk sampai ke puncak Air Terjun Lasir, kami perlu menyeberangi sungai berkenaan.
Tidak lama kemudian, kami sampai di Lesung Batu. Lokasi ini adalah permulaan air terjun bagi Sungai Lasir.
Memandangkan tapak perkhemahan Air Terjun Lasir sudah dekat, kami tidak menunggu lama di situ. Kami terus bergerak ke tapak perkhemahan.
Selesai makan malam, kami memasang buai rajut. Sedang leka memasang buai rajut, angin mula bertiup kencang dan diikuti hujan yang lebat.
Nasib kami agak baik kerana hujan yang turun tidak sampai 15 minit dan kami berdua terus memasang buai rajut.
Mandi di Lesung BatuKeesokan hari, kami mendaki ke Lesung Batu untuk mandi-manda dan selesai sarapan, kami semua berkemas dan mula bergerak keluar dari tapak perkhemahan.
Laluan yang kami ambil kali ini adalah laluan jalan pintas menuju ke Kem Balak. Di laluan ini, kami tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai, Berembun Kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, kami mula menuruni lembah dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Banggang.
Hampir satu jam menghabiskan masa barulah kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Chemerong.
Laluan ke puncak ini agak tertutup berikutan jarang pendaki masuk ke sana. Di puncaknya pula tiada apa yang begitu menarik, hanyalah sekadar satu kawasan puncak yang kecil tanpa tapak perkhemahan dan tiada pemandangan indah dapat dirakamkan. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Balak.
Tepat pukul 2.30 petang, kami sampai di Kem Balak. Sejam kemudian perjalanan diteruskan. Malam itu kami makan malam beramai-ramai di Bandar Muktafi Billah Shah sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.
Mereka yang berminat menyertai ekspedisi ini boleh menghubungi talian 019-2361 257.
Abih | --> | Habis |
Abih Reng | --> | Sehabis Tenaga |
Acing Pering | --> | Hancing |
Atu | --> | Hantu |
Apah Nyor | --> | Hampas Nyior |
Bowok | --> | Bawa |
Bewok | --> | Biawak |
Buak | --> | Buat |