Monday, June 27, 2016

Tiada malam terakhir Bazar Ramadhan SHAHBANDAR


Arahan telah dikeluarkan kepada penjual-penjual tapak Bazar Ramadhan tahun 2016.
Peniaga diberikan tempoh sehingga jam 12 tengah malam pada 29 Ramadhan iaitu hari Isnin iaitu 2 hari sebelum menyambut Hari Lembaran Hari Raya.

Kebiasaanya peniaga akan bertungkus lumus sehingga jam 3 pagi 30 Ramadhan menjual barangan masing2. Namun pada tahun ini ia tidak berlaku lagi. Puncanya ?

Puncanya adalah Sampah Sarap yang ditinggalkan pengunjung dan peniaga pada 1 Syawal . Sampah berlonggok dan bersepah di Dataran Shahbandar pasti menyakitkan mata dan mencemarkan kebersihan bandar. Bayangkan jika peniaga siap menjual pada jam 3 pagi 1 Syawal. Jam berapa pekerja bahagian pembersihan ingin membersihkan tapak yang pastinya penuh dengan sampah sarap.
Mereka pun nak beraya jugak. Tak begitu ?

Jadi semuanya datang dari sikap tanggungjawab kita. Islam mementingkan kebersihan. Kebersihan sebahagian dari Islam . Namun sikap kita kadang2 menunjukkan sebaliknya.

Apa yang berlaku pada hari ini mencorakkan hari esok. Apa yang kita lakuikan hari ini , kesannya adalah untuk mereka yang hidup keesokkan.

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media