Sunday, May 16, 2010

[Jom Rehat] Sutra Beach Resort & Spa

Destinasi : Sutra Beach Resort & Spa

Terletak di Kampung Rhu Tapai di Daerah Setiu, Terengganu. Nama yang cukup tidak asing bagi pengunjung dari Terengganu mahupunh luar. Resort ini terletak 35 KM dari Kuala Terengganu kira-kira 40 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan 25 Minit dari lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Di resort ini terdapat 48 Bilik Standard (RM 200.00 nett) yang mana menghadap taman dan kolam renang, manakala 68 Bilik Deluxe (RM 230.00 nett) yang mana menghadap taman dan laut membiru. Manakla 4 Suite (RM 750.00 nett) yang menghadap laut dan kolam.


Antara Kemudahan yang ada disini ialah Kemudahan Mesyuarat iaitu disediakan 5 Bilik Mesyuarat berlainan kapasiti. Perkhidmatan SPA juga disediakan disini yang mana beroperasi dari Jam 9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang. Selain itu juga terdapat kemudahan untuk rekreasi, kemudahan internet, kolam renang, khidmat perubatan dan banyak lagi.


Untuk Maklumat Lanjut layari Sutra Beach Resort&Spa

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media