Sebuah lokasi percutian atau lokasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Itulah ayat atau luahan yang mungkin terpancul dari mulut pengunjung ke Taman ini. Terletak di daerah Hulu Terengganu yang mana 56KM dari Bandaraya Kuala Terengganu dan hanya 16KM dari Bandar Kuala Berang. Apa yang mungkin menjadi tanya di sini ialah apakah perbezaan dengan Air Terjun Sekayu? Sebenarnya Taman Pertanian ini hanya berada bersebelahan dengan Air Terjun Sekayu, iaitu terletak di Kg Sekayu. Perjalanan dari Kuala Terenganu hanya mengambil masa kurang dari 1 Jam. Manakala dari Bandar Kuala Berang pula mengambil masa 15 Minit sahaja.
Bayaran untuk memasuki taman ini ialah RM 1.00. Pengungjung boleh membawa masuk makanan yang dibawa dari rumah atau boleh membelinya di gerai-gerai di dalam Taman ini. Kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam boleh memasuki tempat ini. Dan kerap kali kawasan ini dijadikan tempat perkhemahan oleh sekolah-sekolah di daerah Terengganu.
4 Komen:
memang best mandi kat sini...airnya sejuk...
Ni bukan kat sekayu ke? Komfius dengan sekayu ni..hurm
Sebenar tempat ni hanya bersebelah dengan Air Terjun Sekayu. Kawasannya seakan2 Air Terjun sekayu cuma saiznya lebih kecil.
macam mana nak contat dengan tempat ni?
Post a Comment