Tuesday, May 4, 2010

[Jom Lawat] Pantai Kemasik

Destinasi : Pantai Kemasik.

Terletak 10KM dari Bandar Kijal, Kemaman. Pantai Kemasik merupakan salah satu lagi pantai yang menarik di Terengganu. Anda akan terpegun dengan keindahan pantai yang bakal membuatkan anda membehentikan kereta anada untuk melihat keindahan ini dengan lebih dekat.


Penulis blog sempat menangkap gambar ketika singggah di Pantai ini (gambar atas). Pantai yang memutih amat sesuai bagi mereka yang ingin berkelah bersama keluarga. Selain itu ada diantara pelawat mengambil peluang untuk berkhemah di Pantai ini bagi menikmati pemandangan matahari naik berlatarkan batu-batu di pantai ini.
Kemudahan yang ada di sini ialah, Tandas Awam, Pondok, dan Gerai Makan. Mereka yang penat memandu Menuju ke Kuala Lumpur boleh berehat di Pantai ini.

0 Komen:

Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media