Tempat mandi manda dan rekreasi ini terletak di Daerah Hulu Terengganu iaitu kira-kira 20KM dari Bandar Kuala Berang. Airnya yang sejuk dan udara yang nyaman menjadikan lokasi mandi ini menjadi tumpuan pengunjung dari Terengganu mahupun pelancong dari luar. Kawasan mandi yang luas membolehkan ia menampuang kebanjiran pengunjung yang datang terutamanya pada hari cuti.
Di sini kemudahan asas seperti pondok, tandas awam, surau, dan juga gerai menjual makanan ada disediakan. Tiada bayaran masuk dikenakan bagi mereka yang ingin masuk dan menikmati keindahan tempat ini.
Kongsikan Bersama
0 Komen:
Post a Comment