Thursday, April 29, 2010

Jom Chandat Boh!!

Destinasi : Berhampiran Pulau Kapas

Geng Chandat dari Marang

Yeah..Musim Chandat Sotong Kembali!! Petang Khamis 29 April, aku bersama geng-geng dari Marang bersiap sedia untuk turun ke laut. Ini pengalaman kedua turun berchandat di Terengganu. Imbas sedikit, sebelum sampai ke Jeti Chendering ini, aku singgah di Pusat Bandaraya membeli sedikit peralatan untuk menchandat. Walaupun alat chandat ini kebiasaannya sudah disediakan di atas bot, tapi mungkin aku lebih berpuas hati dengan alatan ku sendiri. Ok kembali ke pada cerita di jeti, selepas menunaikan Solat Asar, kami turun ke bot dengan alatan dan bersedia untuk berlabuh dari Jeti Chendering menuju ke Destinasi Chandat iaitu berhampiran dengan Pulau Kapas.

Stenby nok terjun

Menunggu sampai ke destinasi
Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam ini memberi peluang kepada aku untuk menikmati pemandangan laut dan daratan. Sungguh indah dan mengasyikkan. Dan sempat juga aku menyiapkan kelengkapan ku untuk berchandat. Disebabkan aku ni sedikit mabuk laut jadi gambar kat atas bot tidak banyak di"snap". Destinasi pertama yang kami tuju tidak banyak mendatangkan hasil. Kemudian kami berpindah ke lokasi seterusnya di bawah pimpinan kapten kami Ust Mahari.

Guane beso dok?
Alhamdulillah, sebaik sahaja kami melabuhkan chandat kami di lokasi seterusnya, Ust. Mahari berjaya menaikkan sotong dengan hanya menunggu 2 minit. Kemudian dituruti dengan krew-krew yang lain. Sememangnya kami berpesta sotong malam ni. Dan hanya bot kami sahaja yang berchandat di kawasan ini membolehkan hasil tuaian dibolot oleh kami.

Hasil Tangkapan 5 jam
Selepas hampir 5 jam kami berchandat, enjin genarator tiba-tiba rosak menyebabkan bot kami kegelapan. Kemudian kami mengambil keputusan untuk balik lebih awal dari sepatutnya. Dalam perjalanan balik aku mengemaskan peralatan. Sampai di jeti semua berkumpul untuk membahagikan hasil tangkapan. Kira 200 ekor sotong berjaya kami naikkan. Selepas membahagikan sotong-sotong tersebut aku pulang dengan hati yang riang..lalala..esok aku akan ke KL..jadi akan singgah di tempat menarik sepanjang perjalanan. Nanti kan komentar dari ku..Wassalam

Bergambar untuk kenangan


Pernah Berchandat? Ingin Bertanya? Berikan Komen Anda Mengenai Artikel ini.TQ

Media

Lagu Ulik Mayang





Lirik Ulik Mayang [Klik Untuk Lihat]

Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Ulek Mayang ku Ulek
Ulek Dengan Jala Jemala
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Tuannya Puteri
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Jala Jemala
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Dua

Puteri Dua Berbaju Serong
Puteri Dua Bersanggol Sendeng
Puteri Dua Bersubang Gading
Puteri Dua Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Empat

Puteri Empat Berbaju Serong
Puteri Empat Bersanggol Sendeng
Puteri Empat Bersubang Gading
Puteri Empat Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Enam

Puteri Enam Berbaju Serong
Puteri Enam Bersanggol Sendeng
Puteri Enam Bersubang Gading
Puteri Enam Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Tujuh

Puteri Tujuh Berbaju Serong
Puteri Tujuh Bersanggol Sendeng
Puteri Tujuh Bersubang Gading
Puteri Tujuh Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Tuannya Puteri

Tuan Puteri Berbaju Serong
Tuan Puteri Bersanggol Sendeng
Tuan Puteri Bersubang Gading
Tuan Puteri Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Tuannya Puteri

ku Tahu Asal Usul Mu
Yang Laut Balik Ke Laut
Yang Darat Balik Ke Darat
Nasi Berwarna Hamba Sembahkan
Umbok Mayang ku Umbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Pulih Mayang ku Pulih
Pulih Balik Sedia Kala








Air Terjun Sekayu

Belukar Bukit

Bukit Puteri

Wednesday, April 28, 2010

Peta


--------------------------Peta Terengganu-----------------------------------

Besarkan Peta
____________________
Cari Destinasi Anda

Loading...












Monday, April 26, 2010

[Jom Lawat] Muzium Losong

Destinasi : Muzium Losong


Muzium Losong terletak 2 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara, muzium ini semestinya menjanjikan seribu pengalaman baru kepada pengunjungnya. Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.


Terdapat gerai jualan cenderamata bagi mereka yang ingin mendapatkannya sebelum pintu keluar muzium. Antara barangan cenderamata yang ada dijual ialah seperti baju, barangan kraftangan dan keychain. Dapatkan barangan ini sebelum anda keluar dari muzium ini.

Mereka yang ingin mengunjungi muzium ini boleh menggunakan kenderaan sendiri. Selain itu perkhidmatan teksi dan bas juga disediakan kepada pengunjung di Stesen Teksi&Bas di Pusat Bandaraya.Untuk memasuki muzium ini, pengunjung perlulah membeli tiket dengan harga Dewasa RM5.



Pernah Melawat? Ingin Bertanya? Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini.TQ

[Jom Beli] Bazaar Warisan

Destinasi : Bazaar Warisan



Pasar ini terletak di Tengah Bandaraya Kuala Terengganu. Dibuka hampir 2 tahun yang lalu, Bazaar Warisan dengan rekaan bangunan yang menarik kini menjadi tempat baru pelancong untuk membeli. Antara barangan yang boleh didapati di sini ialah Barangan Pakaian dan Cenderamata. Kedudukannya adalah bertentangan dengan Pasar Kedai Payang.

Selain itu pasar ini menjadi laluan masuk kepada pengunjung yang ingin ke Bukit Puteri. Pintu masuknya terletak di aras 2 pasar ini. Terdapat persembahan kebudayaan setiap minggu yang dianjurkan di bazar ini.


Pernah Melawat? Ingin Bertanya? Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini.TQ
Kongsikan Bersama


Sunday, April 25, 2010

[Jom Beli] Pasar Payang

Destinasi : Pasar Kedai Payang


Sebuah lagi lokasi menarik di Terengganu. Namanya juga tak perlu diperkenalkan lagi kerana hampir setiap pengunjung dari Malaysia mungkin mengetahui kewujudannya lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan "beli " di bumi Terengganu ini. Lokasinya terletak begitu hampir dengan pusat bandar menjadikan ia lebih mudah disinggahi dan dikunjungi oleh pengunjung atau pelancong. Kedudukannya adalah di pinggir sungai Terengganu.

Antara yang dicari di pasar ini ialah Produk berasaskan batik, makanan dan juga cenderamata untuk di bawa pulang. Batik antara produk yang boleh didapati di Pasar ini. Bermula dari Tingkat Bawah (Ground Floor) hingga ke Tingkat 3 , pelancong mempunyai banyak pilihan untuk memborong barangan ini. Produk lain yang terkenal di Pasar Payang ialah Barangan Tembaga yang boleh di dapati bermula dari tingkat bawah dengan pelbagai jenis dan harga.

Produk makanan ada dijual di tingkat bawah dengan pelbagai jenis pilihan menghiasi dan memenuhinya. Tawaran harga yang menarik juga menjadi faktor anda patut membeli di sini. Keropok lekor yang merupakan ikon negeri Terengganu ada dijual disini. Terdapat keropok yang sudah di masak/digoreng atau yang masih mentah. Pengunjung yang mempunyai sifat pandai tawar menawar mempunyai kelebihan di pasar ini.



Berikan Komen Anda Mengenai Tempat ini


Kongsikan Bersama


Thursday, April 22, 2010

[Jom Serbu] Pekan Budaya

[ Jom Serbu] Adalah bahagian yang menyiarkan peristiwa terkini dan sensasi yang sedang berlaku di Negeri Terengganu. Seperti contoh Karnival, Pesta Pantai, Perayaan dan aktiviti yang mana mempunyai tempoh masa terhad. Jom Terengganu akan melaporkan segala aktivti terkini kepada anda.

Jom Serbu Pekan Budaya di Pantai Kelulut Marang.

Tarikh : 21-27 April 2010
Masa : 10 pagi - 10 Malam
Aktiviti :
  • Pameran
  • Jualan
  • Pertunjukan Kebudayaan
Gambar oleh : jomterengganu.blogspot.com

Gambar pelajar di salah satu gerai pameran

Salah satu gerai yang di tapak pameran

Peta ke Kelulut :
||Penerangan : Anda boleh ke destinasi melalui Bukit Kor Atau Chendering||


Besarkan peta

Wednesday, April 21, 2010

Besarnya Gelas!!

Destinasi : Seberang Takir

Uish...mungkin itulah ayat pertama keluar dari mulut pengunjung kedai air buah gelas besar yang terletak di Kg Serang Takir. Aku dan kawanku sempat meluangkan masa untuk ke kedai ini bagi mencuba lagi air buah gelas besar. Kalau tak silap pengiraanku, ini kali ke 5 aku ke kedai ini untuk menikmati air buah gelas besar ini.
Pelayan kedai mendekati sambil bertanya " Minum?". Hurm aku pun sambil memandang ke rak yang menempatkan gelas-gelas yang bersaiz istimewa itu terus berkata, "gelas saiz serdehana je lah kak, tak mboh(mahu) beso(besar2) kekgi(nanti) tak abih(habis)". "Makan?", Kakak tu bertanya lagi, "Laksa Terengganu la". Kemudian tidak lama kemudian air dan makanan ku sampai.
Huhu...habis tak ni...aku mula bertanding dengan kawanku, siapa paling cepat habis minum dia menang..ekeke...Pertandingan dimulakan, disebabkan air kegemaranku air mempelam, aku mendahului pertandingan. Dan kawanku masih tercari-cari rentak pertandingan. Namun akhirnya aku berjaya menghabiskan minuman dan makanan lebih cepat dari rakanku.

--------------------------------------------------
Peta Perjalanan Dari Kuala Terengganu :


Besarkan Peta

Sunday, April 18, 2010

[Jom Lawat] Pantai Tok Jembal

Destinasi : Pantai Tok Jembal

Salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipok yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman (UDM). Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini.
Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini.

Saturday, April 17, 2010

[Jom Makan] Otak-otak

Makanan : Otak-Otak.

Apabila dilihat dari segi bentuk luarannya, pasti ramai yang terkeliru akan Otak-otak dan Pulut Panggang. Ini kerana, kedua-duanya berbentuk memanjang dan dibalut daun dan kemudiannya di bakar. Beza antara pulut panggang dan otak-otak ialah, otak-otak tidak berasaskan pulut, manakala, pulut panggang ialah pulut yg berinti ikan yang dipanggang. Otak-otak pula ialah isi ikan yang digaul bersama campuran berempah termasuk bawang merah, santan, bawang putih serta kunyit dan serai.

Terdapat banyak variasi pembuatan otak-otak di Malaysia, namun begitu, otak-otak Terengganu yg berinti ikan tidak dapat ditandingi oleh negeri lain yang menggunakan udang ataupun sotong sebagai inti.

Terdapat beberapa tempat di Terengganu dimana Otak-otak boleh dibeli dengan mudah iatu :
Kuala Pengadang Baru Weekend Market (Tuesday)
Terengganu Panji Alam Weekend Market (Thursday)

Batu Burok Hawker Centre (Friday)

Pasar Payang Central Market

Cabang Tiga Market
Marang Kg. Kelulut Weekend Market (Saturday)
Dungun Kuala Dungun Weekend Market (Thursday)
Kemaman Kerteh (Tuesday), Kemasik (Sunday, Wednesday), s s sChukai (Tuesday)

Alongside Geliga Beach


[Jom Lawat&Makan] Pantai Mengabang Telipot

Destinasi : Pantai Mengabang Telipot.

Sebuah lagi pantai di Kuala Terengganu. Lokasinya terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini.

Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung,Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini. Cara pemakanan yang menggunakan "colek" atau sos lebih popular di Terengganu dengan ramuan sendiri tidak sama dengan sos yang ada dijual di kedai-kedai. Harga untuk sepinggan sotong adalah linkungan 8-9 Ringgit, bagi ketam pula mengikut saiz lingkungan RM5 seekorbagi saiz ketam yang agak besar. ABC di dalam gambar di atas adalah berharga Rm1.50 sahaja.

Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan. Anda boleh melihat deretan bot nelayan di pesisir pantai ini.

Gambar deretan bot


Para Nelayan Membetulkan Pukat

[Jom Lawat] Santuari Ikan Kelah

Destinasi : Santuari Ikan Kelah

Santuari ini terletak di Tasik Kenyir iaitu di Daerah Setiu. ia berada di Sungai Petang kira-kira 21KM dari Pengkalan Gawi. Perjalanan ke sini mengambil masa kira 30 minit-40 minit dengan menaiki bot laju. Di sini juga terdapat perlbagai spesis ikan lain yang anda akan jumpa dalam perjalanan menuju ke Sungai petang ini.



Copyright Tourism Malaysia
 

Perihal Blog dan Diriku

Blog ini diwujudkan sebagai tempat rujukan dan panduan kepada Pelancong dari dalam atau luar negeri Terengganu. Artikel yang dikarang adalah berasal dari buah pemikiran penulis sendiri berasaskan fakta dan rujukan dari buku dan media lain. Tidak wujud plagiat dalam penulisan dan juga dari sudut media iaitu gambar-gambar yang dipamerkan (watermart jomterengganu.blogspot.com) adalah hak milik blog ini dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh email kepada saya selaku penulis blog di jomterengganu@gmail.com

Media